288) KEMISKINAN BANDAR DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai kemiskinan bandar?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin bandar menghadapi kos sara hidup yang tinggi?
288) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan KSSB dari tahun 2014-2017?
-
Berapakah jumlah dividen yang dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh tersebut?
288) PARIT SALIRAN JPS DALAM DUN SUNGAI PANJANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang telah tersedia untuk penyelenggaraan parit bagi tahun 2022?
-
Apakah bentuk tindakan untuk memantau dan memastikan setiap parit diselenggara dengan sempurna?
288) INFRASTRUKTUR SEKOLAH AGAMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan infrastruktur sekolah agama di Selangor lengkap dan mencukupi?
-
Nyatakan jumlah bantuan pembangunan infrastruktur ke sekolah agama di Selangor bermula 2008 hingga 2013?
288) PELARASAN KENAIKAN SKIM GAJI PENJAWAT AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan implikasi kewangan bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan Pelarasan Kenaikan Skim Gaji Penjawat Awam Tahun 2024. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menampung kos pelaksanaan skim ini oleh PBT?
288) PEMBANGUNAN EKONOMI DIGITAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memajukan ekonomi digital yang akan memberi impak kepada peniaga di Selat Klang?
-
Apakah sokongan yang disediakan untuk peniaga kecil beralih ke platform digital terutama dalam AI?
288) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperluaskan liputan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merangkumi insiden seperti bencana banjir dan kebakaran?
288) KOMPETENSI JABATAN BAGI MELAKSANAKAN PERUNTUKAN RM600 JUTA WANG MARRIS SEHINGGA JUN 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan menurut PBT, berapakah daripada jumlah RM600 juta peruntukan MARRIS yang telah berjaya digunakan
-
Berpandukan ukuran yang ditetapkan Kerajaan, senaraikan tahap kompetensi semua PBT dalam menjayakan projek MARRIS.
-
Senaraikan menurut PBT, program-program latihan yang telah dilaksanakan
288) Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pelajar di STDC sekarang?
-
Berapakah peratus pelajar yang masuk berjaya habis kursus pengajiannya?
-
Adakah pihak STDC membuat kajian tentang peningkatan pendapatan graduan STDC?
288) LAMPU ISYARAT JALAN KIM CHUAN/ JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR akan menukar semua lampu isyarat dan kabel di sepanjang Jalan Kim Chuan/ Jalan Batu Unjur memandangkan sering berlaku kerosakan kabel dan lampu isyarat?