287) TERMINAL BAS BANTING DI JALAN SENTOSA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini terhadap cadangan ini memandangkan tender untuk projek ini telah ditutup pada 30 November 2022? Berapakan tender dan nilai tender yang telah diterima dan apakah keputusan telah dibuat?
287) SEKTOR PELANCONGAN DI KUALA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membuka tanah-tanah milik Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) untuk dijadikan sebagai pajakan kepada operator sektor perhotelan bagi tujuan membina hotel-hotel baharu di Daerah Kuala Selangor bagi menampung keperluan pelancongan di daerah itu?
-
Adakah kerajaan mempunyai inisiatif tambahan untuk menaiktaraf "hotspot" pelancongan di DUN Bukit Melawati seperti pemasangan lampu tambahan dan lain-lain infra di Dataran Ixora, Kuala Selangor?
287) PENTERNAKAN IKAN LAUT DALAM SANGKAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri sedia mengkaji semula pengurangan kadar bayaran Lesen Pendudukan Sementara dari RM1 meter persegi ke kadar yang lebih rendah lagi Memandangkan inflasi negara kian Hari bertambah tinggi Dan juga GST yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat yang membebankan Rakyat?
287) Pengangguran
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci, inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha mengurangkan pengangguran belia di Selangor?
288) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperluaskan liputan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merangkumi insiden seperti bencana banjir dan kebakaran?
288) KOMPETENSI JABATAN BAGI MELAKSANAKAN PERUNTUKAN RM600 JUTA WANG MARRIS SEHINGGA JUN 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan menurut PBT, berapakah daripada jumlah RM600 juta peruntukan MARRIS yang telah berjaya digunakan
-
Berpandukan ukuran yang ditetapkan Kerajaan, senaraikan tahap kompetensi semua PBT dalam menjayakan projek MARRIS.
-
Senaraikan menurut PBT, program-program latihan yang telah dilaksanakan
288) Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pelajar di STDC sekarang?
-
Berapakah peratus pelajar yang masuk berjaya habis kursus pengajiannya?
-
Adakah pihak STDC membuat kajian tentang peningkatan pendapatan graduan STDC?
288) LAMPU ISYARAT JALAN KIM CHUAN/ JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR akan menukar semua lampu isyarat dan kabel di sepanjang Jalan Kim Chuan/ Jalan Batu Unjur memandangkan sering berlaku kerosakan kabel dan lampu isyarat?
288) AEROANGKASA SUBANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan dalam membangunkan tanah Lapangan Terbang Subang?
-
Apakah model yang akan digunakan bagi tujuan pembangunan tersebut serta bentuk jalinan kerjasama bersama pihak yang terlibat?
-
Apakah hasil pulangan kepada kerajaan Selangor daripada pembangunan ini?
288) MENANGANI ISU ANJING DAN KUCING TERBIAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri bersama PBT merancang untuk menangani isu anjing dan kucing terbiar?
-
Adakah terdapat apa-apa rancangan atau kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk menangani masalah anjing dan kucing terbiar?