286) PUSAT KOMUNITI WANITA (PKW)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah penubuhan PKW berjaya memperkasakan ekonomi golongan wanita di Selangor ?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan PKW?
286) AKTIVITI PENGELUARAN PASIR DI SUNGAI SELANGOR (KAWASAN SUNGAI RAMBAI DAN KAMPONG ASAHAN)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sudahkah kajian dibuat ke atas ekosistem di kawasan berkenaan?
-
Adakah mata pencarian nelayan darat di kawasan berkenaan akan terjejas?
-
Bagaimana pula dengan habitat semula jadi (kelip-kelip) di Kampung Kuantan, Kuala Selangor?
286) JOM SHOPPING
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah yang dibelanjakan bagi program Jom Shopping secara terperinci bagi tahun 2015 dan 2016.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengadakan program Jom Shopping untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal? Jika ya, nyatakan butir- butirnya.
286) ANUGERAH TOKOH BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anugerah tokoh belia yang pernah diberikan oleh kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga kini dan penerimanya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang memperbanyakkan anugerah tokoh belia di masa akan datang?
286) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi usaha pemutihan kilang haram di Selangor?
-
Berapakah jumlah fi yang tidak dapat dikutip disebabkan status kilang adalah haram?
286) AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sejak pengambilalihan urusan air, nyatakan penambahbaikan yang telah berjaya dilaksanakan
-
Nyatakan apakah perkara-perkara yang belum selesai atau yang masih dalam perundingan? Terangkan.
286) TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA SELANGOR (TKWBS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pengoperasian tabung ini dan pihak yang menguruskannya?
-
Nyatakan statistik mereka yang menerima biasiswa dan pinjaman berdasarkan kaum?
-
Bagaimanakah prosedur permohonan tabung ini?
286) PENCAPAIAN STRUCTURAL AND FINANCIAL TRANSFORMATION OLEH PKNS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Pada 2 Februari 2024, PKNS melaporkan bahawa beberapa usaha transformasi termasuk "structural and financial transformation" akan dilakukan dalam tahun 2024. Apakah pencapaian dalam tahun 2024 bagi mencapai matlamat ini?
286) PEKERJAAN UNTUK RAKYAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Selangor ketika negara melangkah ke fasa endemik COVID-19?
286) BANTUAN DAN SOKONGAN UNTUK SME
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Rancangan Selangor 1 gagal dalam pelaksanaan dan "tangible results". Antara masalah yang dilaporkan ialah sokongan kepada SME kurang berkesan. Apakah usaha Kerajaan untuk memudahcara proses permohonan geran atau insentif bagi membantu SME yang merupakan tulang belakang ekonomi Selangor?