25) HASIL DAN KUTIPAN CUKAI TANAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bandingkan prestasi kewangan dan kutipan cukai khususnya kutipan cukai tanah dan premium Kerajaan Selangor, khususnya notis 5A dan 7G pada suku pertama 2019 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2018.
25) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perbezaan diantara Rumah Selangorku jenis A,B,C,D dan E?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperbanyakkan rumah jenis A di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang pada masa akan datang?
25) KUTIPAN CAS BAGI PENGGUNAAN BEG PLASTIK DI PASARAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah kutipan yang telah dikutip mengikut PBT bermula tahun 2022 sehingga 2024.
-
Sila senaraikan program-program yang telah menggunakan tabung kutipan ini mengikut setiap PBT pada tahun 2024.
25) TAPAK MASJID PEKAN DENGKIL, MUKIM DENGKIL, DAERAH SEPANG, SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status tanah tapak Masjid Pekan Dengkil yang baharu?
-
Apakah Kerajaan Negeri telah memuktamadkan pewartaan tapak Masjid Pekan Dengkil?
25) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Hukuman bagi pembuangan sampah haram adalah kompaun sebanyak RM1000 dan sitaan lori. Hukuman ini adalah terlalu rendah dan didapati PBT kurang berkuasa apabila pesalah adalah diluar kawasan PBT. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan hukuman dan menguatkan kuasa PBT?
25) PEMBINAAN ÒWATER FRONTÓ DI TEBING SUNGAI SELANGOR DI SEBELAH PADANG AWAM, PEKAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Sedarkah Kerajaan Negeri di sebelah malam, Pekan Lama Kuala Selangor sunyi sepi?
-
Apakah tiada cadangan untuk menukar suasana berkenaan?
-
Adalah dicadangkan pembinaan ÒWater FrontÓ di kawsan tersebut untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar dan tempatan serta dapat meningkatkan pendapatan ekonomi kepada peniaga-peniaga
25) PERSEMPADANAN SELANGOR DAN WILAYAH KUALA LUMPUR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Apakah status perbincangan berkenaan Garisan Sempadan antara Selangor dan Wilayah?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan perbincangan ini dapat dimuktamatkan?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mengambil kembali Wilayah Persekutuan jika perbincangan ini menemui jalan buntu?
25) CCTV DI KAWASAN AMPANG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah CCTV yang ada di setiap kawasan DUN dalam lingkungan pentadbiran MPAJ serta lokasinya.
-
Kos memasang CCTV dan kos perkhidmatan tetap setiap bulan yang perlu dibayar MPAJ.
-
Bilangan CCTV yang masih berfungsi mengikut kawasan DUN dalam lingkungan pentadbiran MPAJ.
25) PELAN TINDAKAN GAJI MINIMA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah Pelan Tindakan ke atas perlaksanaan gaji minima bagi sektor awam dan swasta?
-
Apakah usaha kerajaan Negeri dalam mengawal pengambilan pekerja-pekerja asing di sektor swasta, sehingga menafikan peluang pekerjaan bagi warga tempatan?
25) TERMINAL BAS PELABUHAN KLANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Tiadakah perancangan dari PBT untuk mempromosikan terminal bas tersebut? Ini kerana kebanyakan peniaga yang berniaga di sana diibaratkan kais pagi, makan pagi dan kais malam, makan malam
-
Apakah bantuan dan tindakan dari PBT dalam menangani permasalahan tersebut, nyatakan?