286) MEKANISME BANTUAN MEMBANGUN USAHAWAN KE ARAH KEJAYAAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri mempunyai mekanisme khusus untuk memastikan usahawan berpotensi dibantu secara menyeluruh dan berterusan?
-
Apakah mekanisme tersebut?
-
Berapakah jumlah sasaran usahawan yang mahu dibangunkan di setiap DUN?
286) BILIK LAKTASI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bilik laktasi penting bagi wanita berumah tangga untuk kembali ke alam pekerjaan. Apakah peruntukan undang-undang yang sedia ada yang mewajibkan penyediaan kemudahan ini oleh pemaju dan majikan?
-
Berapa banyak bilik laktasi telah diwujudkan di Selangor sekarang?
286) KEBAJIKAN PENDUDUK PPRT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membela nasib penduduk PPRT?
-
Apakah peranan sebenar Ahli Majlis PBT terhadap kebajikan dan keselesaan bagi penduduk di PPRT dalam Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukkan dari kerajaan negeri dalam urusan pengelenggaraan di kawasan kediaman PPRT di Negeri Selangor?
286) SUMBANGAN SEMPENA PERAYAAN & PROGRAM BACK TO SCHOOL PEKAWANIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perbelanjaan setiap tahun bagi tempoh 2013-2016 untuk membiayai program PEKAWANIS di atas.
-
Daripada sumber manakah dana ini diperolehi?
-
Apakah mekanisme yang digunakan bagi menjamin penyaluran dana yang telus?
286) KEBERSIHAN TAMAN PERMAINAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Kebersihan dan penyelenggaraan taman permainan terutamanya di PJS 7, SS12, 17, 18, USJ 1, 2, 4, 6, 9, 11, 13 tidak memuaskan. Apakah punca masalah?
-
Apakah cara penyelesaian?
-
Adakah kekosongan jawatan Datuk Bandar MBSJ akan melewatkan lantikan kontraktor untuk 2023?
286) SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan sistem perparitan di Kampung Delek di naiktarafkan agar kejadian banjir besar boleh di elakkan?
-
Dengan mengambil kira Kampung Delek/Sg Udang dikelilingi oleh Sg. Klang, apakah ada pelan holistik mitigasi banjir?
286) PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran Kerajaan Negeri tahun 2024 bagi melipat gandakan pencapaian dalam sektor Pelancongan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah hub budaya yang mempromosi kepelbagaian budaya dan adat kaum di Selangor?
-
Apakah pencapaian sektor pelancongan Selangor bagi tahun 2023?
286) PERTANIAN MODEN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan akan membina empangan bagi membekal air bersih dan berkualiti khusus bagi tujuan penanaman padi? Bilakah projek ini akan dapat dimulakan?
-
Bilakah kerajaan alan membekal jentera mesin tuai padi yang lebih baik dari yang digunakan sekarang ini?
286) AUTOMASI DALAM PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah teknologi-teknologi terkini yang sedang diteroka oleh Kerajaan sebagai langkah automasi sistem pertanian?
286) SELANGOR MARITIME GATEWAY
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi Landasan Lumayan Sdn Bhd dalam membantu membersihkan Sungai Klang sehingga sekarang?
-
Apakah latar belakang syarikat ini dan apakah teknologi dan kos perbelanjaan yang terlibat dalam usaha membersihkan Sungai Klang?