283) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri di dalam mempromosikan agro pelancongan khasnya sempena Tahun Melawat Selangor 2025?
-
Adakah DUN Semenyih termasuk dalam promosi agro pelancongan tersebut?
283) SYARIKAT AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini selepas pengambilan daripada Syarikat konsesi?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga menyebabkan usaha pengambilan sepenuhnya masih belum sukses termasuk isu SPLASH?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat Air Selangor?
283) BEG SEKOLAH ‘BACK TO SCHOOL’
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah harga kos beg sekolah untuk program ÔBack To SchoolÕ 2015 dan siapakah yang memantau kualiti beg tersebut?
-
Siapakah pembekal beg sekolah program ÔBack To SchoolÕ tersebut?
284) JAWATANKUASA KAWALAN WABAK DENGGI DAERAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melibatkan ADN, Ahli Majlis PBT dan JKKK dalam Jawatankuasa Kawalan Wabak Denggi Daerah yang diselaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah?
-
Nyatakan jumlah mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Wabak Denggi Daerah yang diadakan di setiap daerah sejak 2014.
284) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini hakmilik strata pangsapuri di DUN Kampung Tunku: Residency Park 51 @Park 51 Residency (Lot 23513), Impian Seri Setia (Lot 23514) dan Boulevard 51 @Park 51 (Lot 23515).
-
Apakah tindakan penguatkuasaan kerajaan terhadap pemaju yang leka?
284) SISM40
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah inidividu yang telah menyertai SISM40 pada tahun 2021?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan program ini?
-
Berapakah telah dibelanjakan untuk program ini?
284) TANAH RUNTUH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci kejadian tanah runtuh akibat daripada kejadian banjir yang berlaku di DUN Semenyih sejak lima tahun (2009 -2024) yang lalu.
-
Apakah punca dan langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang berkaitan kejadian tanah runtuh ini?
284) KEBERSIHAN SUNGAI DAN KEMAJUAN PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan sedar berikutan projek-projek perumahan di kawasan kampung, seperti di Hulu Langat, mengakibatkan kebersihan sungai-sungai terjejas?
-
Jika ya, apakah langkah-langkah kerajaan bagi menjamin sungai-sungai kekal bersih serta bebas penyakit, dan menjadi antara sumber tarikan pelancong?
284) PEMBANGUNAN TANAH DI DUN SEMENYIH YANG BELUM MENDAPAT KELULUSAN MERANCANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah projek pembangunan di DUN Semenyih yang dihentikan kerana ketiadaan Kebenaran Merancang pada 2013 dan 2014
-
Apakah tindakan MPKj terhadap pemaju yang membangunkan sesuatu kawasan tanpa kelulusan itu dan berapakah jumlah denda atau saman yang dikenakan?
284) GURU TAKMIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Guru Takmir yang mengajar di negeri Selangor mengikut daerah dari tahun 2008-2012
-
Berapakah elaun Guru Takmir?
-
Sejauh manakah keberkesanan pengajaran guru takmir ini kepada masyarakat dan adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah lagi bilangan guru takmir?