283) Pangsapuri Desa Satu Aman Puri Kepong
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak PBT atau Kerajaan tentang masalah warga asing yang menjalankan perniagaan dalam kawasan tersebut?
-
Adakah ubahsuai struktur bangunan di kawasan tersebut mendapat kelulusan pihak berwajib?
-
Adakah pihak PBT ada menerima apa-apa aduan berkenaan permasalahan penduduk di kawasan tersebut?
283) PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA UNISEL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Pengambilan pelajar antarabangsa di UNISEL menyaksikan peningkatan pada tahun 2017 dengan jumlah 164 orang tetapi merudum kepada 29 orang sahaja pada tahun 2019. Nyatakan bilangan kemasukan pelajar antarabangsa selepas pengambilan pelajar baharu yang bermula 14 November 2024.
283) PEMBINAAN PINTU AIR (TIDAL GATE) DI KAWASAN INDUSTRI BARU SUNGAI SAIM.
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang cadangan untuk memastikan pintu air ini berfungsi memastikan hanya air yang dirawat sahaja akan dilepaskan dari kawasan industri bagi menjamin kelestarian sumber marin dan ekosistem demi masa depan para nelayan setempat?
283) DUTA KREATIF
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Duta Kreatif Selangor?
-
Berapakah Duta Kreatif yang telah dipilih setakat ini?
-
Apakah perbelanjaan setakat ini?
283) PILI BOMBA UNTUK SEKITAR SEKOLAH SJK(C) SUNGAI BULOH
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Bilakah pemasangan pili tersebut boleh di lakukan untuk jaminan keselamatan terutama di Pintu B hadapan sekolah ?
283) PROGRAM ADUN MUDA SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai anak muda yang telah terlibat dalam program ADUN Muda Selangor dan apakah kesan atau kejayaannya kepada masyarakat
-
Bagaimana penyertaan atau pemilihan ADUN Muda Selangor dilakukan
283) ROMBAKAN PENGERUSI DAN AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah rombakan yang telah dilakukan ke atas jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat GLC di bawah naungan Kerajaan Negeri setelah terbentuknya Kerajaan Negeri PH-BN yang baharu?
283) BEG SEKOLAH ‘BACK TO SCHOOL’
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah harga kos beg sekolah untuk program ÔBack To SchoolÕ 2015 dan siapakah yang memantau kualiti beg tersebut?
-
Siapakah pembekal beg sekolah program ÔBack To SchoolÕ tersebut?
283) SYARIKAT AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini selepas pengambilan daripada Syarikat konsesi?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga menyebabkan usaha pengambilan sepenuhnya masih belum sukses termasuk isu SPLASH?
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat Air Selangor?
283) INDUSTRI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri memfokuskan kawasan di Science Park 2 (SSP2), Sepang sebagai perintis bagi menggalakkan pelaburan sektor perindustrian yang berasaskan teknologi hijau. Apakah pencapaian setakat ini pelaburan teknologi hijau di kawasan tersebut?
-
Apakah strategi untuk memastikan hasrat ini tercapai?
-
Apakah insentif kerajaan negeri kepada pelabur yang berminat?