282) ANJING DAN KUCING LIAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan melalui PBT bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau mana-mana doktor veterinar swasta untuk menjalankan pembedahan pemandulan terhadap anjing dan kucing liar betina supaya populasi anjing dan kucing liar dapat dikawal melalui program TNRM (Trap-Neuter-Release-Manage)?
282) Pemantauan Cara Kilang Mengendalikan Bahan Buangan
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Syarikat-syarikat industri pembuatan, industri pertanian dan kilang kumbahan menjadi penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar terutamanya sungai. Selain daripada memberi hukuman yang lebih berat kepada pihak bertanggungjawab, apakah usaha-usaha kerajaan dalam memantau aktiviti-aktiviti kilang dalam cara mereka mengendalikan bahan buangan?
282) PROGRAM KHAS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN IBUBAPA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah program khas untuk mempastikan setiap ibubapa mampu mendidik dan membimbing anak menjadi insan yang berguna memandang keberantakan rumah tangga yang semakin meluas
-
Apa perancangan untuk meningkatkan keupayaan untuk kaum bapa mengurus kewangan dengan baik?
282) ISU PENGELUARAN PASIR DI BANDAR SERI EHSAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah pengeluaran pasir di Bandar Seri Ehsan mendapat kelulusan Kerajaan Negeri?
-
Berapakah jumlah kapasiti pengeluaran yang dibenarkan? (Jika dibenarkan)
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri sedar terdapat bantahan dari penduduk setempat berkenaan proses pengeluaran pasir ini?
282) MASALAH KUTIPAN HASIL PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri kepada PBT yang mengalami masalah kutipan hasil tidak menepati sasaran dalam dua tahun ini?
282) PENGHAPUSAN DENGGI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah kerjasama daripada Kementerian Kesihatan telah diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk memerangi denggi?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan semburan kabus (fogging) apabila kejadian kes denggi dilaporkan dalam tempoh 24 iam dan diulangi selepas 7- 10 hari. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
282) PELAJAR DI LUAR NEGARA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah yang mendapat derma siswa, biasiswa dan zakat dari Kerajaan Selangor.
-
Sejak dari tahun 2020, berapakah jumlah mereka yang gagal menamatkan pengajian? Dan nyatakan sebabnya.
282) PERMOHONAN MERANCANG PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria-kriteria yang digunakan oleh pihak Berkuasa Perancang,untuk meluluskan permohonan perancangan pembangunan tanah?
-
Berapa lama kah tempoh yang ditetapkan untuk sesuatu permohonan merancang diluluskan daripada tarikh ia dikemukakan?
282) PENAMBAHAN INISIATIF PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK JENIS A
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan inisiatif Rumah Mampu Milik Selangorku khususnya jenis A bagi setiap kawasan DUN di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperbanyak inisiatif Rumah Mampu Milik Selangorku jenis A di Bandar Puncak Alam yang berkepadatan penduduk tinggi terutama untuk rakyat yang berpendapatan rendah, warga emas serta penghidap sakit kronik?
282) KUALITI TURAPAN JALAN KONTRAKTOR AIR SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan Air Selangor menurap kembali jalan dengan baik selepas kerja-kerja korekan untuk baik pulih paip?