279) FOOD BANK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Dengan banyaknya penuntut institusi pengajian tinggi di Negeri Selangor, adakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu mereka melalui program seperti Food Bank bagi meringankan beban kos hidup mereka?
279) KUTIPAN HASIL PTGS DAN PTD SETIAP DAERAH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapakah prestasi kutipan hasil premium dan cukai tanah oleh PTGS dan PTD di setiap daerah pada tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas?
279) PROJEK KUARI TANAH MERAH DAN PERUMAHAN DI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH JAYA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah banyakkah projek kuari tanah dan pembukaan tanah untuk projek perumahan yang telah diluluskan oleh PTD Petaling dalam Kampung ini?
-
Adakah PTD Petaling/MBSA mengetahui bahawa kampung ini tidak ada sistem perparitan yang sempurna bagi mengalirkan air limpahan dari projek-projek ini?
279) BANTUAN ASAS YURAN UNIVERSITI (BAYU)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah baki tabung peruntukan terkini dalam Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) di bawah Iltizam Selangor Penyayang?
-
Apakah pecahan bilangan penerima BAYU mengikut DUN di Selangor khususnya bagi DUN Jeram?
279) KEROSAKAN JALAN AKIBAT PAIP PECAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kejadian paip pecah telah menyebabkan jalanraya rosak. Apakah kaedah yang dilakukan oleh Syabas untuk menurap jalan dengan sempurna selepas pembaikan paip selesai
-
Sekiranya turapan jalan tidak memuaskan, apakah tindakan yang dilakukan selanjutnya oleh pihak terbabit?
279) LOJI PEMBENTUNGAN TERBIAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Loji pembentungan yang tidak beroperasi dan telah serah kepada JPP tidak dijaga dan menimbulkan masalah pembiakan nyamuk denggi, menjadi tapak sampah haram dan sebagainya. Apakah tindakan yang akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?
279) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbelanjaan yang telah digunakan oleh kerajaan bagi pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur sukan di negeri Selangor dalam tempoh tahun 2013 dan 2014
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menambahkan baik pembangunan infrastruktur sukan di kampung tradisi dan kampung baru
279) INFRASTRUKTUR KAWASAN BUKIT DAMAR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat sebarang perancangan pembangunan infrastruktur terutamanya jalan penghubung ke kawasan Bukit Damar?
-
Bilakah proses pembinaan infrastruktur akan dapat dilaksanakan untuk membolehkan pemilik tanah kawasan ini membangunkan tanah mereka?
279) KRISIS AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengekang krisis air yang kerap berulang di Selangor?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun 2016 untuk mengatasi perkara ini?
279) STATUS DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MELOR JALAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Di bawah siapakah pengurusan tersebut?
-
Adakah tempoh tertentu keizinan pengurusan tersebut?
-
Bagaimanakah kos penyelenggaraanb) Tiada tempoh tertentu untuk keizinan pengurusan tersebut.dan pengurusan?