275) PEMASANGAN PAPAN TANDA IKLAN LUARAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimana dasar dan pekeliling kerajaan Selangor berkenaan dengan pemasangan papan tanda iklan luaran atau outdoor advertising billboard telah dilaksana di kesemua PBT di Selangor dan berapa pula hasil yang dikutip oleh setiap PBT pada tahun 2016
275) INDUSTRI PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (INSPENS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Program usaha sama kerajaan negeri dengan kolej INSPENS bagi membiayai pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran. Apakah syarat kelayakan bagi memohon program tersebut?
-
Berikan statistik pelajar yang mengikuti program ini bermula 2008-2013?
-
Berapakah peruntukan pembiayaan yang ditanggung oleh kerajaan negeri?
275) HOSPITAL SEMENYIH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk membina Hospital baru di DUN Semenyih?
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di Daerah Hulu Langat khususnya di Semenyih?
275) PEMBERIAN CF TANPA PELAN SISTEM PERPAIPAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah MPKJ boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) kepada kondo Casa Suria sedangkan pemaju tidak menyerahkan pelan sistem paip air kondo kepada mana-mana pihak berwajib?
275) PENGUTIPAN SISA PEPEJAL YANG TIDAK TERURUS DI KAWASAN KAMPUNG TRADISI (MELAYU) SEKITAR KAJANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi isu tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khas bagi membiayai kos pengutipan sisa pepejal di kawasan kampung-kampung tradisi, memandangkan penduduk kampung tidak dikenakan cukai pintu?
275) ISU PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemajuan dari sudut tindakan dan penyelesaian terhadap isu pembuangan sampah di kampung-kampung tradisi di DUN Semenyih, khususnya di kawasan Beranang?
-
Apakah pula tindakan dan penyelesaian yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap pengurusan sampah di pangsapuri yang tiada Badan Pengurusan Bersama @ JMB?
275) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk membangunkan para belia negeri?
-
Bagaimanakah profil para belia Selangor ketika ini?
-
Apakah karakter dan perwatakan belia yang ingin dibangunkan?
275) PROSES PENAWARAN KERJA KONTRAK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk melantik kontraktor bagi pelaksanaan projek di Negeri Selangor?
-
Apakah Syarikat GLC Negeri Selangor seperti DEIG, MBI, KDEB, Hebat Abadi, Worldwide dan lain-lain memperoleh projek Kerajaan Negeri melalui proses tender terhad,tender terbuka atau rundingan terus?
275) KES BUNUH DIRI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kes bunuh diri di Selangor mengikut tahun antara 2020 hingga 2023 dan memgikut daerah.
-
Nyatakan punca kes ini berlaku mengikut keutamaannya.
275) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik pemecahan paip dan pemutusan bekalan air di DUN Rawang.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan berlaku gangguan bekalan air?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk penggantian paip di kawasan DUN Rawang?