275) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah maksud dan tujuan utama inisiatif bas percuma yang dilaksanakan di Shah Alam dan beberapa PBT yang lain baru-baru ini?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menanggung keseluruhan kos inisiatif tersebut?
275) GARIS PANDUAN KONSERT ARTIS DARI LUAR NEGARA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat sebarang garis panduan dari Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan konsert artis luar negara di Negeri Selangor bagi memastikan ianya tidak melanggar batas kesopanan dan budaya ketimuran?
275) PROJEK NAIKTARAF JALAN DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah status 2 projek yang tertangguh iaitu Projek Pembinaan Jalan Alternatif Shah Alam - Banting (Pakej 1 : CH 0.00 - CH 1200.00) dan Projek naik taraf Kg Lombong?
-
Apakah punca tertangguhnya 2 projek ini dan jaminan ia tidak berulang?
275) PEMBATALAN KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri membatalkan 600 kad Peduli Sihat DUN Meru pada bulan Julai 2021 selepas pemutihan terkini dibuat pada bulan Jun 2020?
-
Adakah pembatalan kad Peduli Sihat ini juga turut melibatkan mantan- mantan ketua kampung dan mantan pegawai pejabat DUN?
275) KOS SARA HIDUP
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Selangor, terutamanya dalam hal perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan?
-
Apakah kriteria bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini dan apakah prosedur permohonan tersebut?
-
Apakah bentuk bantuan dan jumlah peruntukan yang telah diperturunkan di DUN Sementa bagi menangani kos sara hidup rakyat dari tahun 2020 hingga kini
275) PROJEK TEBATAN BANJIR TAMAN MELAWIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tarikh jangka siap bagi projek tebatan banjir Taman Melawis.
-
Nyatakan sebab-sebab kelewatan projek ini.
-
Nyatakan jumlah kos projek ini.
275) PENYELENGGARAAN LONGKANG DAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERUMAHAN SEKITAR PEKAN TANJONG KARANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pemantauan pihak PBT terhadap penyelenggaraan berkala longkang dan saliran di kawasan perumahan sekitar pekan Tanjong Karang yang keadaannya kelihatan tidak di selenggara dengan baik?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara dan membaik pulih longkang di kawasan perumahan sekitar Tanjong Karang?
275) PENCAHAYAAN DI DUN BUKIT GASING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pemasangan lampu jalanraya atau lampu padang baru di DUN Bukit Gasing oleh MBPJ pada tahun 2013, 2014 dan 2015.
-
Senaraikan semua cadangan pemasangan lampu jalanraya atau lampu padang baru di DUN Bukit Gasing oleh MBPJ pada tahun 2016 dan 2017
275) HOSPITAL BANTING DAN KLINIK BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan membina Bangunan baru untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Banting memandangkan ruang menunggu sedia ada sempit Dan Tidak selesa?
-
Apakah status Pembinaan klinik kerajaan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom? Sila nyatakan lokasi Dan keluasan tapak.
275) LANGKAH TERFOKUS KERAJAAN MENJAMIN BEKALAN MAKANAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahan makanan sentiasa dalam keadaan mencukupi, selamat dan bebas penyakit?
-
Apakah langkah konkrit kerajaan untuk membantu golongan miskin pinggiran bandar menjalin usahasama dalam bidang pertanian berskala kecil tetapi tetap ada volume?