274) KUMPULAN SEMESTA – SUMBANGAN UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang dasar baru/berubah berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran SEMESTA sejak ianya di tubuhkan ?
-
Apakah dasar-dasar tersebut?
-
Berapakah jumlah sumbangan untuk kebajikan rakyat yang telah di salurkan untuk tahun 2019 dan 7 tahun yang lalu (2012-2018) ?
274) PROJEK PERUMAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek perumahan yang diluluskan dalam tahun 2023 dan berapa lagi yang sedang dalam proses permohonan kelulusan untuk tahun 2024?
-
Nyatakan pemilik atau pemaju projek-projek tersebut.
274) WANG MARRIS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah wang MARRIS yang diterima Kerajaan Negeri dari 2020 - 2022?
-
Nyatakan prestasi perbelanjaan wang MARRIS dari 2020-2022 dalam Daerah Sabak Bernam.
274) PERMATANG KUARZA GOMBAK SELANGOR (PKGS)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan untuk menjadi Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) tapak warisan kebangsaan dan UNESCO?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk memelihara PKGS?
-
Adakah kerajaan negeri proaktif dalam mempromosikannya sebagai tempat pelancongan? Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil.
275) HOSPITAL SEMENYIH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk membina Hospital baru di DUN Semenyih?
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di Daerah Hulu Langat khususnya di Semenyih?
275) PEMBERIAN CF TANPA PELAN SISTEM PERPAIPAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah MPKJ boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) kepada kondo Casa Suria sedangkan pemaju tidak menyerahkan pelan sistem paip air kondo kepada mana-mana pihak berwajib?
275) KES BUNUH DIRI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kes bunuh diri di Selangor mengikut tahun antara 2020 hingga 2023 dan memgikut daerah.
-
Nyatakan punca kes ini berlaku mengikut keutamaannya.
275) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik pemecahan paip dan pemutusan bekalan air di DUN Rawang.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan berlaku gangguan bekalan air?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk penggantian paip di kawasan DUN Rawang?
275) PROSES PENAWARAN KERJA KONTRAK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk melantik kontraktor bagi pelaksanaan projek di Negeri Selangor?
-
Apakah Syarikat GLC Negeri Selangor seperti DEIG, MBI, KDEB, Hebat Abadi, Worldwide dan lain-lain memperoleh projek Kerajaan Negeri melalui proses tender terhad,tender terbuka atau rundingan terus?
275) PROJEK NAIKTARAF JALAN DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah status 2 projek yang tertangguh iaitu Projek Pembinaan Jalan Alternatif Shah Alam - Banting (Pakej 1 : CH 0.00 - CH 1200.00) dan Projek naik taraf Kg Lombong?
-
Apakah punca tertangguhnya 2 projek ini dan jaminan ia tidak berulang?