272) KEBAJIKAN PASUKAN BOMBA SUKARELA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Selepas PKP, ramai yang berminat menyertai Pasukan Bomba Sukarela selepas mendapati pasukan ini memberi bantuan kepada barisan depan seperti menjalankan operasi sanitasi di tempat-tempat awam. Adakah kerajaan akan menimbangkan kebajikan-kebajikan kepada pasukan-pasukan ini demi menggalakkan orang ramai menyertai pasukan ini?
273) PEMBAKARAN SAMPAH HARAM & TERBUKA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kes pembakaran sampah haram & pembakaran terbuka khasnya di DUN Semenyih yang dikesan dan telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan Selangor semenjak 2023?
273) KEROSAKAN RUMAH-RUMAH DALAM KAWASAN PERUMAHAN BERNAM PURCHASE BAGI PENEMPATAN ORANG ASAL DI SEBAHAGIAN LOT PROJEK TEBATAN BANJIR MUKIM TANJONG DUA BELAS DAERAH KUALA LANGAT OLEH B – LEE ARCHITECT DAN TETUAN CANAL CITY CONSTRUCTION SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu kumpulan orang asal tinggal di situ?
-
Apakah tindakan undang2 dan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pemaju perumahan dan pihak2 terlibat?
-
Mengapakah sijil menduduki belum diluluskan oleh PBT?
273) PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini tentang usaha PKNS untuk menjual Tower 2 @ PJ Sentral Garden City yang dijangka memberi pulangan jualan sebanyak RM100 juta kepada PKNS?
273) RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat mengambil alih kuasa pengurusan taman permainan, jalan dan kemudahan awam yang lain di dalam kawasan rumah kos rendah disebabkan yuran penyelenggaraan mereka tidak mencukupi untuk membaiki dan menjaga kemudahan-kemudahan tersebut?
273) IMPAK KRISIS COVID19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah impak krisis Covid19 terhadap kewangan Negeri Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk pemulihan ekonomi di Negeri Selangor?
273) PERSEDIAAN MENDAPAT KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHADAPI BENCANA ALAM KHUSUSNYA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah berkomunikasi dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kekhilafan seperti kelewatan dan komunikasi antara agensi-agensi penting seperti di bawah Kerajaan Persekutuan tidak akan berlaku lagi?
273) STATUS PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DAN PENUBUHAN JMB PANGSAPURI DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah yang telah dimajukan semula dan siap?
-
Berapakah JMB yang telah diwujudkan di DUN Meru? Senaraikan.
-
Apakah tindakan kepada yang masih gagal mewujudkan JMB?
273) RUMAH WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah warga emas yang ada di Selangor dan senaraikan secara terperinci dengan jumlah penghuni?
-
Apakah ada pembiayaan khusus dari kerajaan negeri berkaitan dengan rumah ini dan nyatakan jenis pembiayaan?
273) SISTEM BIOMETRIK PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Huraikan sejarah ringkas dan kos pelaksanaan sistem ini dalam pengurusan tanah.
-
Adakah benar bahawa runner tidak perlu meletakkan thumbprint pada pengimbas tetapi mereka boleh menurunkan thumbprint mereka dalam surat rasmi syarikat atau firma guaman ketika berurus dengan Pejabat Tanah?