24) INDUSTRI TERNAKAN AYAM
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?
-
Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?
-
Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan dan gangguan vektor lalat dari industri ini?
24) HADIAH PENGAJIAN IPT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka permohonan hadiah pengajian IPT sepanjang tahun berbanding pada waktu sekarang yang hanya dibuka pada bulan-bulan tertentu?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah bayaran hadiah pengajian IPT pada masa akan datang?
24) GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar garis kemiskinan terkini negeri Selangor?
-
Bagaimanakah kadar ini dikira dan apakah formula atau faktor yang menjadi pertimbangan?
24) PELABURAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan luar dan domestik yang diperolehi oleh Negeri Selangor dari Jan hingga Dis tahun 2007 ? Sila berikan butir-butir menerusi pecahan daerah
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam menarik lebih banyak pelabur secara bandingan di antara tahun 2005, 2006 dan 2007 ?
-
Sila senaraikan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh semua Negeri yang lain dalam tahun 2007 ?
24) KEMUDAHAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah hospital/klinik di Selangor mengikut daerah?
-
Berapakah peratus antara jumlah hospital adalah awam? Sila bekalkan butiran
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat Selangor mendapat perkhidmatan kesihatan yang mencukupi?
24) BANTUAN BENCANA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Selepas kejadian banjir di Kuang baru-baru ini, ramai mangsa banjir ingin membuat permohonan bantuan bencana tetapi menghadapi masalah untuk menghantar permohonan. Apakah perancangan kerajaan bagi memudahkan permohonan dan pemprosesan permohonan mangsa banjir terbabit?
24) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?
-
Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?
24) KESESAKAN LALU LINTAS PERSIARAN TUN TEJA UTAMA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di Simpang Jalan Rawang ke Persiaran Tun Teja Utama?
24) HAKISAN TEBING SUNGAI SG. LANGAT YANG BERHAMPIRAN KAWASAN PENEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kawasan-kawasan tebing Sungai Langat yang terhakis dan menjejaskan kawasan penempatan yang berada di dalam kawasan DUN Kajang.
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membaik pulih tebing-tebing tersebut?
24) PREMIS MAKANAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kompaun yang dikenakan terhadap premis makanan kotor di Selangor?
-
Berapakah jumlah premis yang sudah dan belum digred dari 2013-2015 mengikut PBT?