24) JUMLAH KUTIPAN HASIL TAHUNAN 2022
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kutipan hasil premium tanah dan cukai pintu terkini bagi tahun 2022 dan perbandingan dengan sasaran yang ditetapkan mengikut PBT dan anggaran kutipan bagi tahun 2023.
24) ANAK PRASEKOLAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto ini selepas PRU-13?
-
Nyatakan statistik jumlah pra-sekolah milik kerajaan, politik dan swasta di Selangor?
-
Berapakah bilangan anak yang menduduki pra-sekolah 2013?
24) KOMUNITI GATED AND GUARDED
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah pandangan kerajaan terhadap kawasan perumahan mempunyai komuniti Gated & Guarded yang berpegang hak milik individu?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah baik peraturan dan akta yang sedia ada untuk menyesuaikan keperluan kehidupan kini?
24) PEKERJA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran pekerja warga asing dengan izin dan tanpa di Negeri Selangor?
-
Bagaimana kerajaan mengatasi masalah pekerja warga asing yang makin bertambah?
24) PENETAPAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah piawaian yang digunakan oleh Kerajaan Negeri di dalam menetapkan status kampung tradisi?
-
Adakah pihak pentadbir Daerah dan Tanah Klang mempunyai perancangan untuk memecahkan pentadbiran Kampung Meru dan Kampung Haji Sharif kepada dua MPKK yang berasingan?
24) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Menteri Besar Incorporated (MBI) dan setiap anak syarikat MBI (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada).
24) PELABURAN & PERDAGANGAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kah kita menjalankan Òproses pemilihan pelaburÓ bagi pelaburpelabur yang ingin melabur di negeri Selangor. Apakah pula kriteria pelabur yang kita terima?
-
Apakah pula insentif yang kita berikan kepada mereka?
-
Berapa banyak kah pelabur dari timur tengah yang telah melabur atau akan melabur di negeri Selangor?
24) ISU PERUMAHAN DAN WABAK DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar bahawa wabak denggi banyak dilapurkan berlaku dikawasan apartment atau taman-taman perumahan bukan dikawasan-kawasan kampung?
-
Difahamkan Kerajaan telah meluluskan peruntukan khas bagi pencegahan denggi sebanyak RM10K setahun bagi satu DUN?
-
Jika ia, sila nyatakan kedudukannya pada masa ini?
24) HASIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah hasil negeri keseluruhan berakhir Disember 2020 & Disember 2021
-
Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti akan menjejaskan prestasi kutipan hasil negeri?
-
Apakah perkembangan terkini usaha penerokaan sektor-sektor baru bagi meningkatkan kutipan hasil negeri ?
24) HUTAN RIZAB DAN HUTAN SIMPAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan liputan hutan simpan dalam negeri Selangor dalam julat masa 2000- 2007?
-
Berapakah keluasan hutan simpanan dan hutan simpanan kekal yang telah digazet semula untuk tukar syarat guna tanah dalam tempoh masa 2000-2007?
-
Apakah nama syarikat dan individu yang telah diberi hak pemilikan bagi tanah hutan simpanan yang ditukar syarat guna tanah tersebut?