266) PELUANG PEKERJAAN DAN PROGRAM BAGI GOLONGAN REMAJA DAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan untuk anak Selangor terutamanya golongan remaja dan belia?
-
Bagaimanakah kerajaan memperbanyakkan lagi program sedia ada bagi membantu golongan remaja dan belia?
266) PROGRAM AGRO GENERASI MUDA SELANGOR (AGROGEMS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penyertaan bagi program AGROGEMS sehingga kini mengikut bangsa
-
Sejauh manakah keberkesanan AGROGEMS dalam membantu generasi muda?
266) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menangguhkan kenaikan cukai ini?
-
Berapakah tunggakan hasil cukai di DUN Sementa?
-
Apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat?
266) PORTFOLIO KEBAJIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan perancangan EXCO bagi portfolio Kebajikan tahun 2015?
-
Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014 dan tahun sebelumnya?
-
Berapakah jumlah dan peratusan rakyat Selangor yang telah menerima bantuan kebajikan sejak tahun 2008?
266) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah semua program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor atau Iltizam Selangor masih diteruskan sehingga kini?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program pemberian air percuma sepanjang penggal yang lalu?
266) GERAN TANAH KAMPUNG CHEMPAKA DAN PENGENDALIAN HAL EHWAL TANAH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua permohonan geran tanah di kawasan Kg. Chempaka setakat ini dan nyatakan sebab-sebab permohonan masih tidak diluluskan bagi setiap permohonan.
266) AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci, hasil kajian mengenai penjajaran program air percuma di Selangor
-
Bila penjajaran air percuma ini akan dilakukan?
266) PERNIAGAAN WARGA ASING (ALI BABA)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan PBT terhadap aktiviti sewa lesen premis perniagaan kepada warga asing (Ali Baba)?
-
Nyatakan statistik tangkapan kes sewa lesen premis perniagaan kepada warga asing sepanjang 5 tahun yang lepas.
266) EMPANGAN SUNGAI LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Adakah struktur Empangan Sungai Langat masih kukuh memandangkan usianya yang lama?
266) PUSAT KEBUDAYAAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Selangor akan membina Pusat Kebudayaan Selangor?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan 2015 dan bajet 2016 untuk program kebudayaan di Negeri Selangor?
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan aktiviti kebudayaan Selangor pada tahun 2008-2015.