266) SELVAX
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Selvax membantu untuk mempercepatkan pengambilan vaksin di Selangor?
-
Berapa jumlah kos yang telah ditanggung oleh kerajaan bagi program Selvax?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk program Selvax?
266) PRODUK PELANCONGAN PANTAI KELANANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Jalan susur pesisir pantai Kelanang ke Kampung Tongkah, mengalami kerosakan akibat hakisan ombak, siapakah yang bertangungjawab terhadap jalan tersebut?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf dan menarik lebih ramai pengunjung untuk aktiviti pelancongan di kawasan pantai Kelanang?
266) EKO PELANCONGAN DI SELANGOR DAN HULU SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Tourism Selangor untuk meningkat eko pelancongan di Selangor terutamanya Hulu Selangor?
-
Apakah rancangan mempromosikan destinasi eko pelancongan bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa?
-
Apakah rancangan naiktaraf kemudahan awam seperti tempat letak kereta, tandas awam di kawasan eko pelancongan?
266) MASALAH PENIAGA KEDAI RUNCIT ACHEH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mengarahkan PBT-PBT untuk menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan Alibaba lesen kepada warga asing?
-
Apakah syarat-syarat tambahan dan langkah-langkah yang difikirkan untuk mengatasinya?
266) INDUSTRI LUAR BANDAR MENGIKUT DAERAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kategori industri di luar bandar dan potensi yang telah dikenalpasti dan boleh dibangunkan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan daerah?
266) RUMAH IBADAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis paduan perancangan berkenaan pembinaan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam?
-
Adakah garis paduan berkenaan dijadikan syarat-syarat dalam setiap Kebenaran Merancang yang diberikan oleh PBT?
266) SEKOLAH BAWAH JAIS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah bidang kuasa JAIS terhadap Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)?
-
Berapa jumlah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Selangor?
266) PELUANG PEKERJAAN DAN PROGRAM BAGI GOLONGAN REMAJA DAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan untuk anak Selangor terutamanya golongan remaja dan belia?
-
Bagaimanakah kerajaan memperbanyakkan lagi program sedia ada bagi membantu golongan remaja dan belia?
266) PENCEROBOHAN BUKIT BROGA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mohon menyatakan secara lengkap hasil siasatan Kerajaan Negeri mengenai pencerobohan tanah di Bukit Broga, Semenyih baru-baru ini.
-
Mengapa penceroboh tidak dikenakan tindakan dan apakah status pemulihan terkini?
-
Apakah langkah yang diambil supaya masalah pencerobohan di bukit itu tidak lagi berlaku?
266) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menangguhkan kenaikan cukai ini?
-
Berapakah tunggakan hasil cukai di DUN Sementa?
-
Apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat?