264) LATIHAN USAHAWAN IT (SITEC)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan program Latihan Usahawan IT (SITEC)?
-
Berapakah jumlah peserta terkumpul latihan ini sejak ia mula dilancarkan?
-
Berapakah peratus kemenjadian peserta selepas mengikuti Latihan Usahawan IT ini?
264) PENDIDIKAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai nama Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah menengah di setiap DUN Selangor.
-
Sila kemukakan laporan jumlah bilangan pelajar di setiap sekolah rendah dalam tempoh 2013-2015
264) SERBUAN UNIT INTEGRITI OLEH SUK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana keberkesanan serbuan Unit Integriti oleh Setiausaha Kerajaan dalam mengurangkan budaya lepak semasa bekerja dapat diukur?
-
Adakah serbuan ini akan dijalankan secara one-off atau secara berpanjangan?
-
Adakah ianya akan dijalankan di pejabat-pejabat kerajaan selain Bangunan SSAAS?
264) TANAH & STRUKTUR BINAAN LAMA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan ke atas premis-premis bangunan lama seperti di Klang?
-
Apakah usaha kerajaan untuk menambah baik objek-objek pelancongan di kawasan Klang?
-
Apakah persiapan Kerajaan untuk tahun melawat Selangor di daerah Klang?
264) PEMBERIAN AIR PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Senaraikan masalah yang dihadapi kerajaan negeri dalam melaksanakan pemberian air percuma?
-
Apakah keputusan kerajaan negeri untuk menambah jumlah pemberian air percuma sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?
264) ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah OKU yang berdaftar di Selangor?
-
Senaraikan kemudahan OKU yang dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk membantu OKU pada tahun 2015?
264) LAMPU LED DI JALAN SELIAAN JKR DAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Lampu LED dapat memberi penjimatan yang banyak disamping pencahayaan lebih baik berbanding lampu HPSV. Nyatakan jumlah lampu dalam kawasan DUN Dusun Tua yang telah dipasang dengan lampu LED.
-
Nyatakan kawasan yang telah ditukar pasang dan yang akan ditukar pasang.
264) RAUDHAH CITY CYBERJAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keistimewaan projek RaudhahCity Cyberjaya
-
Apakah peranan kerajaan Selangor dalam pembangunan projek tersebut?
-
Bagaimana projek ini dapat menarik pelabur atau komuniti bukan Muslim tempatan dan luar negara?
264) SUKAN BOLA SEPAK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan di dalam meningkatkan kualiti dan kemajuan bola sepak di Negeri Selangor?
-
Apakah ada perancangan untuk mewujudkan padang bola sepak di kampung-kampung? Kongsikan perancangan tersebut.
264) PENGAMBILAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kakitangan baru Kerajaan Negeri yang diambil sepanjang 2015-2017.
-
Jabatan mana paling ramai dalam pengambilan tersebut? Nyatakan secara terperinci.