261) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek penyelenggaraan jalan di bawah MARRIS/ biayai oleh Kerajaan Persekutuan di DUN Semenyih yang telah selesai sepanjang 2022-2023?
-
Mohon senaraikan pemaju dan jalan perbandaran bawah PBT yang telah menerima peruntukan tersebut.
261) MASALAH PENGUATKUASAAN TONG SAMPAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Mampukah Kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?
261) PENGINDAHAN KG SG JAROM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peruntukan yang diluluskan untuk semua kampung baru cina pada tahun 2014 hingga kini
-
Adakah kerajaan Negeri Akan menjalankan kerja-kerja pengindahan landskap dan pasang Pokok Hiasan LED di sepanjang Jalan Sungai Buaya Kg Sg JaromKuala Langat?
261) PROJEK YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini projek pembinaan semula Yayasan Selangor di Bukit Bintang.
-
Status terkini projek pembangunan semula Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) di Kampung Pandan.
261) GERAN INDIVIDU DAN STRATA BAGI PROJEK PERUMAHAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH OLEH EMKEY ASSOCIATE SDN BHD
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mohon Pejabat Daerah Tanah Petaling menyenaraikan senarai pembeli rumah teres bagi Fasa 1,2 dan 3
-
Mohon Pejabat Daerah Tanah Petaling menyenaraikan senarai pembeli rumah Flat Blok A,B,C dan D
-
Mengapakah Geran Strata dan Geran Individu masih belum disempurnakan sejak 1985?
261) AKTIVITI LETUPAN BATU BATA DI KUARI JALAN KAMPONG LOMBONG BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah aduan diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan Jabatan Mineral dan Geosains sejak tahun 2010 berkenan keretakan struktur rumah di kawasan perumahan SP 2 dan SP 1,Bandar Saujana Putra, Jenjarom akibat gegaran yang kuat selepas aktiviti-aktiviti meletup batu bata di Kuari Jalan Kampong Lombong?
-
Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PBT dan jabatan-jabatan bertanggungjawab untuk mengelakkan berlaku kembali aktiviti peletupan kuari di lokasi tersebut?
-
Apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PBT dan jabatan-jabatan bertanggungjawab untuk mengelakkan berlaku kembali aktiviti peletupan kuari di lokasi tersebut?
261) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Senaraikan semua nama anak syarikat dibawah Kerajaan Negeri Selangor.
-
Apakah pembaharuan dasar pentadbiran anak syarikat Kerajaan Negeri?
-
Senaraikan ahli lembaga pengarah bagi setiap anak syarikat kerajaan negeri yang terkini.
261) STATISTIK KECURIAN PERABOT JALAN DAN VANDALISME
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes akibat daripada kecurian infrastruktur awam (perabot jalan) dan vandalisme di dalam Negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga kini? sila berikan mengikut zon daerah.
-
Berapakah anggaran jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada perbuatan tersebut?
261) INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah industri kecil sederhana mengikut jenis dalam Selangor daripada 2004-2009.
-
Apakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi menggalakkan dan membantu industri kecil sederhana dalam Selangor?
-
Apakah bidang yang menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam pembangunan industri kecil sederhana?
261) MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Selayang Baru terutama berdekatan dengan Sungai Udang?