259) ZIKA DAN DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Penyakit denggi dan zika semakin mengancam kesihatan penduduk Selangor. Mengapakah Kerajaan Selangor masih belum menetapkan satu pelan tindakan induk bagi menghapuskan atau mengurangkan kes denggi dan hotspot secara drastik?
259) PERANAN PBT DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang di mainkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam memastikan gejala sosial yang berlaku sekarang ini dapat dibendung terutamanya dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah kekuasaannya
259) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi perbelanjaan RM60 juta dan RM 40 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dalam Belanjawan 2015
-
Setakat ini, adakah inisiatif program hijrah efektif? Jelaskan.
259) KUALITI AIR SUNGAI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Sebagai satu usaha untuk melestarikan sumber air Selangor, kualiti air sungai perlu dipertingkatkan. Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan serta dan keberkesanannya untuk mempertingkatkan kualiti air sungai di Selangor?
259) MASALAH HAKISAN TANAH DAN PENGURUSAN CERUN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah hakisan tanah dan pengurusan cerun bukit di DUN Teratai dalam tahun 2008-2013
-
Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2014 untuk pengurusan cerun bukit dan langkah-langkah cegahan bukit di DUN Teratai?
259) MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan hasil pada 2017?
-
Nyatakan kajian-kajian yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi menuju kearah tersebut
259) KPI MESYUARAT TASK FORCE BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Merujuk kepada semakan audit, mendapati kekerapan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Banjir bagi tahun 2015 hingga 2022 adalah tidak mengikut ketetapan sekurang-kurangnya empat kali setahun kecuali pada tahun 2020, dan tiada mesyuarat pada tahun 2022. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
-
Apakah Kerajaan Negeri tidak serius dalam menangani isu banjir di Selangor?
259) PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah sambutan rakyat terhadap program Jelajah Selangor Penyayang setakat ini?
259) ASEAN ECONOMIC COMMUNITY (AEC)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan Selangor dalam menjadi ASEAN Economic Community (AEC) pada 2015?
-
Bagaimana Selangor boleh manfaatkan AEC dalam sektor-sektor yang ada?
-
Apakah risiko yang perlu ditangani apabila wujud AEC kelak?
259) KEBAJIKAN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat berkaitan isu kebajikan dan bantuan sara hidup di kawasan pembangkang?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi ruang kepada ADN Pembangkang untuk memudahkan atau melaksanakan program-program yang di tawarkan oleh kerajaan kepada masyarakat setempat?