258) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KENDERAAN KLINIK KESIHATAN DENGKIL
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu kesesakan tempat meletak kenderaan di Klinik Kesihatan Dengkil?
-
Apakah tahap perkembangan terkini bagi projek Klinik Kesihatan Dengkil yang baharu?
258) DATUM JELATEK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek Datum Jelatek ?
-
Apakah penyelesaian terbaik tentang isu dan bantahan terhadap projek ?
-
Apakah jaminan penghuni asal dapat kekal tinggal dan membeli unit kediaman baru ?
258) PENYELENGGARAAN/ PEMBAIKAN PERUMAHAN STRATA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu perumahan berstrata dalam aspek baik pulih/ penggantian (1) bumbung rosak dan (2) jalan rosak?
258) LALUAN ALTERNATIF BARU KE PULAU INDAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan laluan alternatif ke pulau indah ekoran kesesakan pada waktu puncak dan juga apabila berlaku kemalangan?
258) KOMPLEKS RAKAN MUDA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Sejak bilakah Kompleks Rakan Muda Daerah Klang telah tidak beroperasi?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membuka semula Kompleks Rakan Muda bagi mengelakkan menjadi Projek Gajah Putih? Mohon perincian perancangan tersebut.
258) BANTUAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN OLEH PKNS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan-bantuan sosial dan kebajikan yang telah diberikan oleh PKNS kepada rakyat Negeri Selangor dan berapakah jumlahnya?
-
Siapakah penerima-penerima bantuan tersebut mengikut komposisi kaum?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PKNS untuk membantu mengatasi masalah golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri di Negeri Selangor?
258) TENAGA HIJAU PUSAT DATA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Selangor akan menguruskan penggunaan tenaga elektrik dan air yang tinggi daripada pusat data?
-
Berapa banyak jumlah tenaga eletrik dan air yang dijangka digunakan sebaik projek siap?
258) PERUNTUKAN KHAS UNTUK ISU SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagi majlis perbandaran yang mempunyai bebanan jumlah sampah yang tidak mampu ditampung oleh PBT itu sendiri, adakah kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan tambahan mengatasi masalah pengurusan sampah tersebut?
-
Bilakah kerajaan mampu mengatasi masalah sampah?
258) Pemutihan Kilang-Kilang Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pemilik tanah dan pemilik kilang haram yang telah tampil menjalani proses pemutihan sejak 2008 ?
-
Berapakah jumlah kilang yang belum menjalani proses pemutihan sehingga kini?
258) INFRASTRUKTUR JKR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada JKR dari 2018-2023.
-
Mengapakah tahap jalan-jalan, lampu, longkang yang dibawah kawal selia JKR sangat tidak memuaskan dan berbahaya? Adakah disebabkan kekangan kewangan untuk menyelenggara atau masalah pihak kontaktor?