257) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan.
-
Sila perjelaskan apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan walaupun sudah berulang kali masalah yang sama telah diutarakan ?
-
Sila kemukakan statistik terkini jumlah kemalangan yang berlaku dari Jan hingga Jun tahun 2010 dan nyatakan kaedah yang berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan tersebut ?
257) PENDAPATAN PENDUDUK KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Negeri Selangor?
-
Berapakah purata pendapatan isi rumah penduduk di kampung-kampung?
257) KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia menaiktarafbalairaya dan dewan orang ramai yang terdapat di kampung-kampung di seluruh Selangor?
258) PENSTRUKTURAN SEMULA PERBADANAN MENTERI BESAR (MBI)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan objektif penstrukturan semula anak syarikat MBI?
-
Nyatakan anak syarikat yang terlibat dan perubahan yang dilakukan selepas penstrukturan semula tersebut?
258) KILANG HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri mampu memantau dan menyekat dengan tegas agar tiada kilang haram yang baru di bina khususnya di DUN Sementa?
-
Apakah terdapat pembinaan yang baru tahun 2023 - terkini dan apakah tindakan yang telah diambil?
258) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Water Resources, Supply Demand and Distribution Study For Selangor akan dimulakan dan bilakah ianya dijangka dapat disiapkan?
-
Apakah butiran utama kajian tersebut yang bertujuan memastikan kelestarian bekalan air mentah dan air terawat dalam tempoh 50 tahun yang akan datang?
258) PENYELARASAN SEWA RUMAH PPR DARI RM 250 KE RM 124
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini berapa banyak keluarga yang telah diselaraskan sewa mereka dari RM 250 ke RM 124 di perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan perumahan PPR Putra Damai , Lembah Subang ?
-
Bagaimana pula dengan tunggakan sewa penduduk yang dijumlahkan mengikut kadar RM 250, adakah ianya juga akan dikurangkan jika penduduk tersebut layak ke kategori sewa RM 124 sebulan ?
258) PELAN MITIGASI BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir di kawasan Bukit Kemuning, Kampung Bukit Lanchong, kawasan Batu 5 dan kawasan Perindustrian Bukit Kemuning?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek ini dalam tempoh yang dipersetujui?
258) KEMUDAHAN KESIHATAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat di Selangor?
-
Sejauh manakah kejayaan kemudahan kesihatan ini dan nyatakan kejayaan tersebut?
258) MEMBUKA TANAH NEGERI UNTUK MENJALANKAN KEGIATAN PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Pertanian bermanfaat dan penting untuk Selangor. Adakah kita bercadang membuka tanah negeri kepada anak Selangor untuk menjalankan kegiatan pertanian?