24) ISU PEMILIKAN RUMAH BAGI GOLONGAN M40 YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BANTUAN B40 TETAPI TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH PASARAN TERBUKA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Walaupun pendapatan isi rumah di luar bandar signifikan rendah, sedangkan harga rumah dan kos membina rumah meningkat, bagaimanakah kerajaan bercadang menyelesaikan isu pemilikan rumah bagi golongan M40 yang tidak layak mendapat bantuan B40 tetapi tidak mampu membeli rumah pasaran terbuka?
24) PENUTUPAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR KG PANDAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Baru-baru ini Yayasan Selangor mengumumkan penutupan Asrama Toh Puan Norasyikin di Kampung Pandan bagi tujuan pembangunan semula. Apakah rasional penutupan ini?
-
Apakah syarikat yang terlibat dalam memajukan tanah tersebut?
-
Berapa dan apakah bentuk pulangan yang diterima oleh pihak Yayasan daripada projek pembangunan tapak ini?
24) PUSAT KHIDMAT AHLI MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan alamat dan no telefon Pusat Khidmat Ahli Majlis
-
Berapakah bilangan Ahli Majlis yang tinggal di kawasan Perkhidmatan.
24) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria utama yang diambil kira dalam pemilihan kontraktor yang mendapat tender MARRIS?
-
Mengapakah kerja-kerja infra sepatutnya dijalankan di bawah MARRIS di MPK amat lembap jika dibandingkan dengan PBT lain? Apakah masalah yang dihadapi oleh MPK?
24) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci kesemua rizab PBT Negeri Selangor bagi tahun 2008 secara bandingan dengan tahun 2007
-
Sila nyatakan apakah pendekatan yang sudah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan rizab PBT terus stabil dan kukuh.
-
Sila perjelaskan apakah peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Pihak Berkuasa Tempatan(JKP-PBT) dalam konteks memantau prestasi dan kedudukan rizab PBT ?
24) PERPUSTAKAAN SUK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK?
-
Berapakah perbelanjaan bagi menambahkan judul buku setiap tahun?
-
Berapakah bilangan staf dan jumlah gaji serta elaun staf bagi setahun?
24) RANCANGAN SELANGOR PERTAMA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelaksanaan yang telah dilakukan melalui pembangunan kawasan Sabak Bernam ( SABDA ) yang diumumkan di dalam Rancangan Selangor Pertama.
-
Senaraikan perancangan khusus selama 5 tahun mendatang yang telah dirancang dan perancangan yang telah bermula.
24) PENGKALAN DATA BERSEPADU RAKYAT (MISKIN) NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Kerajaan pernah menyuarakan tentang perancangan untuk membina pengkalan data secara bersepadu rakyat miskin/asnaf melibatkan jabatan kebajikan masyarakat, Lembaga zakat Selangor dan lain-lain. Apakah status terkini perancangan tersebut.
-
Adakah pengkalan data itu nanti dapat di akses di Pusat Khidmat DUN.
24) PEMUTIHAN KILANG HARAM DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah kilang yang belum membayar premium untuk menukar tanah pertanian ke tanah industri?
-
Apakah masalah yang menyebabkan pekilang lambat membayar premium?
-
Apakah tindak lanjut yang akan diambil sekiranya premium masih tidak dibayar?
24) RUMAH SELANGORKU DI KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan di Negeri Selangor termasuklah di Kajang?
-
Adakah kesemua projek Rumah Selangorku ini telah siap dibina?