256) BANJIR KILAT DI TAMAN KOPEMA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di Taman KOPEMA Tanjong Karang setiap kali berlaku air pasang besar dan hujan lebat?
256) BANTUAN KEWANGAN (BAGI INFRASTRUKTUR) SEKOLAH-SEKOLAH 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tarikh-tarikh bagi permohonan Program Bantuan Kewangan Sekolah-Sekolah bagi tahun 2025.
-
Nyatakan tarikh peruntukan yang akan disalurkan kepada sekolah-sekolah bagi tahun 2025.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada sekolah mengikut kategori.
256) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Kerajaan telah bercadang untuk memulakan program pembangunan semula bandar di Seksyen 8, Seksyen 5, Seksyen 51, Seksyen 51A dan Seksyen 52. Sila berikan satu sinopsis ringkas tentang maklumat terkini tentang program pembangunan semula bandar di setiap kawasan di Petaling Jaya ini.
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam program pembangunan semula bandar ini?
256) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik keluasan TRM seluruh negeri Selangor dan peratus keluasan TRM berbanding keluasan Negeri Selangor dalam tempoh 10 tahun hingga kini?
-
Nyatakan keluasan TRM yang telah dibatalkan statusnya bagi tujuan Pembangunan dan keluasan TRM yang diisytihar sebagai tanah ganti bagi tempoh 10 tahun hingga kini?
256) TADBIR URUS AGAMA ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah hal ehwal tadbir urus Agama Islam di Selangor berdasarkan undang-undang tubuh negeri?
-
Sejauh manakah peranan kuasa eksekutif negeri dalam membantu tadbir urus Agama Islam di Selangor?
256) Pembangunan Tanah Tanpa Permit
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Dari Januari 2019 sehingga September 2020, berapakah jumlah pemilik tanah atau pemaju yang melakukan pembangunan tanpa permit telah dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 27, Akta 172?
256) SEHAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan pengguna SEHAT Selangor.
-
Berapakah orang pengguna yang perlu dirujuk ke pakar kesihatan mental swasta?
-
Selepas habis menggunakan subsidi, berapakah orang pengguna yang perlu rawatan lanjut di hospital kerajaan?
256) MAKLUM BALAS KEROSAKAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Aduan jalan rosak kini semudah ABC melalui pelbagai aplikasi termasuk platform Twitter dan Facebook. Adakah pihak JKR terutama PBT mempunyai keupayaan menyelesaikan aduan jalan rosak ini dengan kadar segera?
-
Apakah piagam pelanggan JKR dan PBT dalam menangani aduan kerosakan infrastruktur?
256) PERUSAHAAN MIKRO KECIL DAN SEDERHANA UNTUK MENINGKATKAN NILAI EKSPORT
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu PMKS di Negeri Selangor untuk meningkatkan nilai eksport memandangkan pada tahun 2022, jumlah yang disumbangkan oleh PMKS hanya 10% daripada jumlah nilai eksport Malaysia?
256) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua subsidiari PKNS dengan anggaran nilai pasaran masing-masing.
-
Sila senaraikan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan subsidiarinya
-
Sila senaraikan gaji, elaun serta segala kemudahan yang diterima untuk setiap pengarah PKNS dan subsidiarinya.