255) KERTAS KERJA CADANGAN WANG PENYELENGGARAAN SEBANYAK RM 1 JUTA OLEH 7 BUAH SYARIKAT KUARI DI MATANG PAGAR UNTUK JALAN MATANG PAGAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kertas kerja tersebut yang masih lagi tergantung di pihak Majlis Perbandaran Selayang?
-
Apakah pendirian pihak MPS untuk membuat keputusan memberikan kebenaran kepada pihak 7 syarikat kuari untuk menjalankan penyelenggaraan jalan tersebut?
255) EKONOMI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Kenapakah PKNS menolak pembinaan MRO- di Hulu Selangor yang melibatkan jumlah pelaburan rm5.9 billion?
-
Adakah Kerajaan Negeri tahu pembinaan tersebut boleh mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan?
-
Kenapa Kerajaan Negeri menolak peluang pendapatan hasil yang boleh menjana pendapatan kasar rm3 billion setahun?
255) PRESTASI PERKHIDMATAN DAN SISTEM PENYAMPAIAN JABATAN KERAJAAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara detail bagaimanakah pencapaian dan kepuasan pelanggan terhadap prestasi perkhidmatan dan sistem penyampaian Jabatan-jabatan Kerajaan?
-
Sila huraikan apakah kekangan yang menyebabkan masih terdapat banyak aduan mengenai kelembapan sistem penyampaian di kalangan JabatanÐjabatan Kerajaan?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki kelemahan dan sekali gus meningkatkan prestasi perkhidmatan Jabatan Kerajaan?
255) ASRAMA TUN DR. ISMAIL DAN TOH PUAN NORASHIKIN KAMPUNG PANDAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kedua-dua asrama berkenaan?
-
Nyatakan rancangan pembangunan ditapak asrama berkenaan?
255) ISU KERETA TERBIAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Berapakah dan dimanakah depot untuk kereta terbiar yang terdapat di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah kereta yang terdapat di setiap depot?
-
Apakah dasar atau cara untuk melupuskan kereta terbiar yang terdapat di depot tersebut?
255) PRESTASI PELABURAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratus KDNK Kerajaan Negeri sejak 2019-2023?
-
Berapakah jumlah pelaburan terus dari dalam dan luar negara kepada Kerajaan Negeri sejak 2019-2023? Berikan jumlah mengikut pecahan DDI & FDI.
-
Apakah usaha-usaha menarik pelabur dan meningkatkan FDI & DDI Negeri Selangor?
255) CERUN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah pinjaman pembaikan cerun yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2014.
-
Senaraikan jumlah pinjaman pembaikan cerun yang bertukar menjadi grant mengikut pecahan PBT.
-
Apakah rasional Kerajaan Negeri mengenakan kadar bunga 2% atas pinjaman pembaikan cerun?
255) KUTIPAN HASIL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana hasil negeri Selangor terjejas akibat wabak Covid-19?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi kehilangan hasil negeri tersebut?
255) SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI KAPAR INDAH
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah penduduk di Taman Sungai Kapar Indah akan memperolehi sebuah sekolah rendah agama sendiri?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan pendidikan di Sekolah Rendah agama adalah percuma kepada semua pelajar?
255) LAMPU SOLAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemasangan lampu solar di DUN Sementa dan lokasinya pada 2020 - 2023?
-
Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menambah pemasangan lampu solar di DUN Sementa dan dimanakah lokasinya?