255) PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA DI PEJABAT DAN AGENSI KERAJAAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Ingin tahu perbelanjaan yang dibayar untuk mengaji pengawal keselamatan swasta dan/atau Polis Bantuan di seluruh Pejabat Kerajaan Negeri Selangor pada 2015
-
Nyatakan agensi-agensi atau Pejabat Kerajaan Negeri Selangor yang sedang menggunakan khidmat kawalan swasta atau khidmat Polis Bantuan.
255) PROGRAM BINGKAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima BINGKAS di DUN Dusun Tua?
-
Bagaimanakah kaedah pengagihan kuota BINGKAS di setiap DUN?
255) JURANG PEMBANGUNAN ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk merapatkan jurang pembangunan sosio ekonomi di antara luar bandar dan bandar supaya kekayaan ekonomi negeri dapat dikongsi bersama?
255) PROGRAM PEMVAKSINAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran kerajaan dalam usaha pemberian vaksin melalui inisiatif SELVAX?
-
Berapa ramai yang telah divaksinkan daripada program SELVAX?
255) RUMAH KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri melalui anak syarikat telah berusaha untuk memasarkan Rumah EXCO untuk tujuan penginapan golongan VIP dan pelancongan. Apakah prestasi penyewaan Rumah EXCO dan berapakah keuntungan yang telah diperoleh berbanding kos penyelenggaraan bagi tahun 2009?
-
Apakah kerajaan negeri berhasrat untuk menjual atau menyewakan rumah EXCO dan bangunan-bangunan kerajaan yang lain untuk menambah hasil negeri?
255) KEMUDAHAN AWAM DI LUAR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah kemudahan awam di luar bandar?
-
Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan awam di luar bandar pada tahun 2015, dan berapakah yang telah dibelanjakan sehingga kini?
255) BAIK PULIH JALAN GAJAH 23, KAMPUNG KUBU GAJAH, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa projek membaik pulih Jalan Gajah 23?
-
Bilakah projek baik pulih ini dijangka siap sepenuhnya?
255) STATUS KERJA RTB LEMBANGAN SG. LANGAT 2
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kerja RTB Lembangan Sg. Langat 2. Berapakah nilainya dan siapakah yang dapat projek berkenaan. Bagaimanakah proses pemberian projek berkenaan?
255) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan KHSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015?
-
Adakah prestasi kewangan tersebut terbaik sejak KHSB ditubuhkan?
255) TANAH PERKUBURAN CINA DAN INDIA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah tanah-tanah perkuburan masyarakat kaum Cina dan India tidak dijaga dan dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan bebanan rakyat jelata di dalam menanggung kos perbelanjaan pengebumian yang pada masa kini semakin meningkat di kalangan masyarakat kaum Cina dan juga India?
-
Berapakah jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008 dan juga tahun 2009 bagi tujuan menjaga dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di perkuburan masyarakat kaum Cina dan India?