254) BANTUAN KEPADA USHAWAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA SERTA GOLONGAN BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Pembelaan kepada usahawan IKS dan golongan Belia merupakan salah satu aspek penting untuk memajukan ekonomi belia dan usahawan IKS. Berapa banyak dana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan IKS meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan golongan Belia untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramai golongan usahawan yang telah Berjaya dibantu dan mohon disenaraikan.

    Klik jawapan »

254) TANAH PAJAKAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan polisi kerajaan terhadap tanah-tanah yang tamat tempoh pajakan 99 tahun?

  2. Bagaimanakah proses penilaian semula dibuat?

  3. Nyatakan jumlah dan lokasi tanah pajakan semasa mengikut daerah?

254) KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM SELANGOR GOLONGAN B40

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan akan memberi keutamaan untuk program IPR Negeri Selangor kepada Penjawat Awam Selangor dan Pegawai Pejabat DUN yang dalam ketegori B40?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan akan membantu mereka untuk memiliki rumah pertama?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan memberi keutamaan pemohonan RSKU kepada mereka?

    Klik jawapan »

254) EKONOMI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri ada membawa masuk pelaburan baru dan nyatakan jumlah pelaburan yang telah di bawa masuk pada tahun 2013 sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam tahun ini dan tahun hadapan?

    Klik jawapan »

254) PERINCIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci pecahan peruntukan pembangunan kesihatan bernilai RM136 juta dalam Bajet 2017.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan keberkesanan pelaksanaan peruntukan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan sasaran dan anggaran jumlah rakyat yang menerima manfaat dan impak dari peruntukan tersebut.

    Klik jawapan »

254) STESEN PEMINDAHAN SISA PEPEJAL DI SEKSYEN 21, SHAH ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah alasan yang diberi untuk kontrak Worldwide Holding (WHB) selaku operator Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21, Shah Alam?

  2. Setakat mana kajian undang-undang telah dijalankan oleh pihak yang berkenaan dengan hak dan obligasi pihak-pihak berkontrak dalam isu ini?

254) PELABURAN INISIATIF PBT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peranan khusus setiap PBT di Selangor dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara bagi merancakkan ekonomi?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik pencapaian pelaburan dari awal Jun 2013 hingga penghujung Jun 2015 mengikut PBT?

    Klik jawapan »

254) RAWATAN AIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah proses-proses rawatan air mentah dari sumber sungai sama dengan air dari sumber lombong atau kolam takungan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos rawatan air mentah dari sumber sungai berbanding air dari sumber lombong atau kolam takungan?

    Klik jawapan »

254) PENCERAMAH PARTI POLITIK DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca penceramah parti politik masih lagi dijemput oleh pihak masjid dan surau?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kes-kes pelanggaran arahan DYMM Sultan oleh masjid dan surau di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Tindakan apakah yang telah diambil ke atas pengurusan masjid yang telah melanggar arahan ini?

    Klik jawapan »

254) KOMPLEKS SUKAN STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati bagi mengembalikan kegemilangan stadium kebanggaan Negeri Selangor yang semakin usang sehingga menjejaskan keupayaannya untuk menganjurkan acara-acara sukan berprestij?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah pembangunan semula akan dibuat dan jumlah peruntukan yang akan disediakan?

    Klik jawapan »