253) Tapak Pembuangan Sampah Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan senaraikan tapak pembuangan sampah haram di tanah kerajaan dan persendirian mengikut zon PBT?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha-pengusaha tapak pembuangan sampah haram?
-
Berapakah jumlah syarikat/individu yang telah didakwa atau diambil tindakan?
253) PENDIGITALAN SEKTOR PELANCONGAN LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan strategik yang telah diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan pendigitalan sektor pelancongan untuk membantu pengusaha luar bandar?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur digital di kawasan pelancongan di lokasi pedalaman dalam memastikan liputan internet yang stabil dan berkualiti?
253) SMUE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Secara purata, berapakah permohonan SMUE yang diluluskan setiap hari untuk tahun 2023?
-
Berapakah permohonan SMUE yang masih menunggu semakan atau kelulusan di peringkat YAWAS?
253) TAHAP PERANCANGAN PROGRAM WANITA DAN KELUARGA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan sasaran kerja tahunan program pembangunan wanita
-
Apakah program spesifik untuk membangunkan keluarga negeri Selangor?
-
Berapa peruntukan setiap DUN untuk tujuan tersebut?
253) ADAT DAN SENI WARISAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah seni warisan yang ada dan boleh dijadikan sebagai identiti Negeri Selangor?
-
Apakah seni warisan yang ada dan boleh dijadikan sebagai identiti Negeri Selangor?
254) PASAR AWAM SUNGAI HAJI DORANI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk pakej pelancongan yang dijalankan untuk meningkatkan kehadiran pengunjung dan kuasa beli di pasar awam tersebut?
-
Nyatakan status terkini pemasangan papan tanda pasar awam Sungai Haji Dorani (SHD).
-
Cadangan Taman Kucing Madani di pasar awam SHD, apakah status terkini?
254) PENYUSUNAN GERAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Majlis Perbandaran Klang untuk menyusun semula gerai-gerai di sekitar DUN Meru yang tidak strategik dan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas?
-
Sejauhmanakah tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang bagi membendung penyalahgunaan lesen perniagaan warga tempatan oleh warga asing?
254) TASKA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah "Taska Di rumah" yang ada di Selangor mengikut pecahan DUN.
-
Berapa yang telah berdaftar dan tidak berdaftar. Apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?
-
Apakah Polisi kerajaan bagi memastikan pengasuhan di rumah ini di daftarkan?
254) BANTUAN KEWANGAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Adakah bantuan kewangan Yayasan Selangor masih wujud?
-
Nyatakan jumlah pelajar yang mendapat manfaat daripada bantuan kewangan Yayasan Selangor pada tahun 2015.
-
Adakah Yayasan Selangor akan menambah jumlah bantuan tersebut?
254) STATUS PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU)?
-
Apakah hasil sesi pendengaran awam pada September 2020?
-
Adakah konsultansi lain akan dilakukan dengan masyarakat Orang Asli dan pemegang taruh?