253) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan membatalkan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28?
-
Apakah sebab ianya dikategorikan sebagai tanah pekan dan bukan tanah desa?
253) ADUAN KDEBWM DI KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak aduan terhadap kualiti perkhidmatan KDEBWM yang diterima di Daerah Kuala Langat sejak pengambil-alihan tugas ini daripada kontraktor bebas sejak pertengahan tahun 2018? Sila beri analisa dan kesimpulan terhadap trend ini.
253) PENINGKATAN HASIL TANAMAN PADI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu memastikan hasil tanaman padi di Negeri Selangor dapat di tingkatkan dengan lebih tinggi lagi?
253) KOLAM AIR PANAS
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Pembangunan naik taraf kolam air panas jalan Selayang ke Rawang.
253) PEGANGAN SAHAM KESAS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Berapakah hasil yang telah diperolehi oleh kerajaan daripada pegangan saham di KESAS dalam tahun 2012?
-
Apakah keputusan kerajaan terhadap tawaran dari syarikat swasta untuk membeli pegangan saham KESAS?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk memberi laluan tol percuma pada setiap hujung minggu?
253) SISTEM PENGANGKUTAN DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah mengumumkan seluruh Selangor akan dihubungkan dalam tempoh satu jam semasa sidang DUN lepas. Jelaskan perkembangan cadangan ini dan bilakah ia akan dilaksanakan
-
Berapakah kos keseluruhan projek ini dan terangkan sumber kewangannya serta nyatakan bagaimanakah ia akan dilaksanakan memandangkan keadaan ekonomi semasa tidak begitu menggalakkan
-
Apakah projek ini akan dilaksanakan dengan penyertaan pihak swasta lain di peringkat nasional memandangkan banyak pihak ini telah mempunyai perancangan serupa terutamanya sistem LRT yang telah menjangkau pinggir lembah Klang seperti di Putra Height, Seksyen 27 dan sebagainya
253) PENINGKATAN INFRASTRUKTUR DUN SABAK: JALAN LADANG YANG AKAN DINAIK TARAF KE JALAN PLB
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jalan-jalan ladang yang akan di naik taraf sebagai jalan PLB dalam DUN Sabak.
253) KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menambah kuota bagi program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ekoran daripada ramai yang terjejas akibat daripada Wabak COVID-19?
253) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri berhubung Akta 672 dan bagaimana penyertaan Kerajaan Negeri dapat menjamin pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif?
253) Tapak Pembuangan Sampah Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan senaraikan tapak pembuangan sampah haram di tanah kerajaan dan persendirian mengikut zon PBT?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha-pengusaha tapak pembuangan sampah haram?
-
Berapakah jumlah syarikat/individu yang telah didakwa atau diambil tindakan?