24) ISU PEMILIKAN RUMAH BAGI GOLONGAN M40 YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BANTUAN B40 TETAPI TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH PASARAN TERBUKA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Walaupun pendapatan isi rumah di luar bandar signifikan rendah, sedangkan harga rumah dan kos membina rumah meningkat, bagaimanakah kerajaan bercadang menyelesaikan isu pemilikan rumah bagi golongan M40 yang tidak layak mendapat bantuan B40 tetapi tidak mampu membeli rumah pasaran terbuka?
24) DENGGI DAN CHIKUNGUNYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor-faktor merebaknya denggi dan chikungunya di Selangor?
-
Sejauh manakah berkesannya langkah-langkah yang diambil?
-
Mengapakah penyakit ini lebih berlaku di bandar berbanding luar bandar?
24) KESUSAHAN ADUN AKSES KEPADA POLISI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Fungsi Dewan Undangan Negeri adalah untuk check and balance pihak berkuasa negeri agar negeri dapat menghala ke arah yang sentiasa mementingkan semua pihak. Polisi-polisi baru atau sebarang pindaan dalam kerajaan negeri, contohnya Pekeliling Tanah dan Galian Selangor Bil (1)/2008, Bil (2)/2008 dan Bil (3)/2008 tidak dapat disampaikan kepada rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat berasa amat keliru kerana pejabat tanah tidak memberi maklumat yang secukupnya kepada mereka. Kegagalan untuk membawa maklumat kepada asas masyarakat dapat menyebabkan ketidakpuasan rakyat. ADUN juga sukar mendapat informasi sedemikian dan seterusnya membantutkan fungsi ADUN dalam dewan. Sila Y.A.B. ulaskan keadaan sebegini.
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan cuba semua kaedah yang mungkin, contohnya paparkan semua maklumat pada laman atau umumkan dalam surat khabar supaya matlamat tersebut dapat dicapai? Ulaskan
24) PENETAPAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah piawaian yang digunakan oleh Kerajaan Negeri di dalam menetapkan status kampung tradisi?
-
Adakah pihak pentadbir Daerah dan Tanah Klang mempunyai perancangan untuk memecahkan pentadbiran Kampung Meru dan Kampung Haji Sharif kepada dua MPKK yang berasingan?
24) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di Menteri Besar Incorporated (MBI) dan setiap anak syarikat MBI (serta subsidiari-subsidiari kepada anak syarikat ini)
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap syarikat disenaraikan di (a) - gaji, elaun dan share option (jika ada).
24) PEKERJA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran pekerja warga asing dengan izin dan tanpa di Negeri Selangor?
-
Bagaimana kerajaan mengatasi masalah pekerja warga asing yang makin bertambah?
24) RIVER OF LIFE
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan untuk River of Life di Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan telah disalurkan untuk tujuan River Of Life?
-
Apakah manfaat untuk pelaksanaan River of Life?
24) PERPUSTAKAAN SUK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan buku yang terdapat dalam Perpustakaan SUK?
-
Berapakah perbelanjaan bagi menambahkan judul buku setiap tahun?
-
Berapakah bilangan staf dan jumlah gaji serta elaun staf bagi setahun?
24) KLUSTERISASI GUGUSAN-GUGUSAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program klusterisasi seperti yang telah diumumkan di dalam pembentangan bajet yang lalu?
24) INSTITUT DARUL ESHAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek dan kajian oleh IDE sejak penubuhannya.
-
Apakah kos operasi dan hasil IDE setiap tahun sejak penubuhannya?