251) CUKAI TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah hasil perolehan cukai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) dari 2019-2023?
-
Berapakah tempoh penilaian semula cukai tanah dibuat?
-
Berapakah kenaikan peratusan cukai tersebut setiap kali penilaian semula dibuat?
252) ORANG ASLI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri kepada muallaf orang Asli?
-
Nyatakan keluasan hasil pemetaan komuniti tanah Adat Orang Asli untuk tahun 2015?
-
Apakah projek pembangunan yang boleh disegerakan di kawasan Orang Asli yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri?
252) BANGUNAN KERAJAAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bangunan serta rumah milik kerajaan negeri dan PBT-PBT di seluruh negeri, apakah jenis dan belanja penyelenggaraannya bagi tahun 2009?
252) CUKAI IKLAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kutipan cukai pengiklanan pada tahun 2015 mengikut PBT
-
Berapakah kadar cukai yang dikenakan untuk pemasangan iklan di Selangor?
252) HUTANG SYARIKAT TALAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak hutang syarikat Talam yang telah berjaya dikutip balik oleh kerajaan negeri?
-
Bagaimana wang yang dikutip ini digunakan untuk kebaikan rakyat Selangor? Sila senaraikan?
252) INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ahli SMUE yang telah berdaftar dan nyatakan jumlah perbelanjaan tahun 2023?
-
Berapakah jumlah permohonan yang berjaya mendapatkan bantuan yuran asas universiti (bayu) setakat ini? Perincikan mengikut DUN.
252) PEMBANGUNAN KAMPUNG TAYYIB
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kaedah kerajaan negeri mempastikan infrastruktur terbaik dinikmati oleh orang kampung terutama sekali di pinggiran bandar?
-
Berapakah bajetnya?
-
Adakah sudah 'roadmap' memperkasakan infrastruktur dan kemudahan awam seperti dewan, balai JKKK, padang dalam kampung?
252) CUKAI TAKSIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan hasil perolehan cukai taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dari 2019-2023.
-
Bilakah tahun terakhir penilaian semula ini dibuat?
-
Berapakah kadar peratusan kenaikan pada tahun 2024?
252) PBT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak PBT terhadap keadaan gerai-gerai yang masih tidak dinaik taraf lagi? Dan berapakah jumlah gerai dikawasan bandaraya yang telah dinaik taraf?
252) JARINGAN KESELAMATAN (SAFETY NET)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri Selangor menyediakan jaringan keselamatan (safety net) seperti bantuan memulakan perniagaan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi. Sila nyatakan bentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk peniaga?
-
Apakah indikator penting bagi memantau keberkesanan program jaringan keselamatan ini?
-
Sila nyatakan jumlah dan nilai bantuan yang telah disalurkan kepada penerima mengikut DUN?