251) MEMBAIK PULIH KEDIAMAN RASMI YAB DATOÕ MENTERI BESAR DAN 10 BUAH KEDIAMAN RASMI EXCO
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan untuk menyelenggarakan dan membaik pulih Kediaman Rasmi YAB DatoÕ Menteri Besar dan 10 buah Kediaman Rasmi EXCO (Kuarters Rasmi) di Seksyen 7, Shah Alam sejak Tahun 2008 sehingga kini; Sila menyatakan kerja-kerja baik pulih yang telah dilakukan untuk 11 buah kediaman tersebut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menjualkan kesemua 10 kediaman rasmi EXCO ?
-
Sila nyatakan siapakah Ahli MMKN yang tinggal menetap disini?
251) BANJIR BESAR DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebelum, semasa dan selepas bencana banjir?
-
Apakah peranan yang telah dimainkan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah?
-
Bagaimanakah penyelarasan yang telah dilakukan dengan sukarelawan dan NGO di dalam menghadapi bencana banjir yang lalu?
251) NAIKTARAF PERPARITAN TAMAN SRI NANDING
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
PBT telah mengangkat satu permohonan kepada Kerajaan Negeri supaya perparitan di seluruh Taman Sri Nanding dinaiktaraf, apakah perkembangan permohonan itu?
251) TANAH UNTUK INSTITUT KEBAJIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah lokasi pengoperasian institut-institut kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya
251) PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah asas kerajaan negeri apabila memperuntukkan RM3.5 juta untuk belia?
-
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan belia Selangor?
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada belia-belia di Selangor?
251) DASAR PENSWASTAAN DALAM PBT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Banyak tapak-tapak perniagaan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebelum ini telah diswastakan pengurusannya kepada pihak ketiga untuk tempoh yang lama. Syarikatsyarikat pengurusan tersebut mengaut keuntungan berlipat ganda melalui sewaan yang tinggi kepada peniaga, dan hanya membayar PBT kadar sewa yang rendah. Adakah terdapat dasar penswastaan Kerajaan Negeri untuk Pihak Berkuasa Tempatan. Sila nyatakan
-
Senaraikan tapak-tapak perniagaan yang di bawah PBT yang telah diswastakan pengurusannya serta nama syarikat-syarikat tersebut dan tempoh yang diserahkan pengurusannya
251) SALAH GUNA MASJID DAN SURAU OLEH PIHAK PEMBANGKANG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal masjid dan surau yang jelas kini telah dikuasai oleh pihak pembangkang di dalam sesi pemilihan pegawai masjid yang lepas?
251) BINGKAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan BINGKAS 2025 yang berjaya di DUN Semenyih?
-
Berapakah jumlah penerima yang baru, penerima yang kekal dan penerima yang tidak berjaya bagi tahun 2025?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah bilangan penerima BINGKAS 2025 bagi DUN Semenyih?
251) PROGRAM BANTUAN OKU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah OKU yang menerima bantuan "one-off" RM500. Perincikan mengikut DUN.
-
Senaraikan kategori OKU yang menerima bantuan secara "one-off" tersebut.
251) ISU LAMBAKAN RUMAH GAGAL DIJUAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapakah lambakan rumah gagal dijual di kawasan Negeri Selangor mengikuti PBT.
-
Apakah punca dan impak terhadap ekonomi terhadap lambakan rumah gagal dijual?
-
Bagaimana kerajaan membantu menyelesai isu ini?