251) USAHASAMA MBI DENGAN PEMAJU SWASTA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Difahamkan bahawa MBI telah mengenalpasti tanah kerajaan seluas 5000 ekar di Lembah Klang untuk projek usahasama (JV) dengan pemaju-pemaju yang berprestij dengan jangkaan GDV berjumlah RM60 bilion. Apakah jaminan MBI bahawa JV ini akan memberi pulangan yang lebih besar?
251) DESA SUBANG PERMAI – JALAN ALTERNATIF KE KILANG KILANG SEKITAR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana status pembinaan laluan alternatif tersebut telah berjalan memandangkan kerja jalan dan parit di jangka di laksanakan pada tahun 2020 ?
251) FFF2015 (FREEDOM FILM FESTIVAL 2015)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian dan polisi Kerajaan Selangor terhadap FFF2015?
-
Apakah bentuk sokongan Kerajaan terhadap FFF2015?
-
Adakah Kerajaan bercadang mewujudkan unit khas bagi mengukuhkan kerjasama dengan KOMAS, iaitu penganjur utama FFF?
251) DERMASISWA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah pemberian dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar masih diteruskan dan berapakah jumlah?
251) SKIM MIKROKREDIT WANITA LADANG (WALA)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perlaksanaan Skim WALA?
-
Sila beri statistik perlaksanaan dan kejayaan program ini, termasuk bilangan peserta mengikut ladang, daerah, jumlah dana yang diagihkan dan kejayaan individu yang menerima dana
251) BINGKAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan BINGKAS 2025 yang berjaya di DUN Semenyih?
-
Berapakah jumlah penerima yang baru, penerima yang kekal dan penerima yang tidak berjaya bagi tahun 2025?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah bilangan penerima BINGKAS 2025 bagi DUN Semenyih?
251) PENDIDIKAN PELAJAR-PELAJAR ANAK SELANGOR DI TIMUR TENGAH, MAGHRIBI DAN JORDAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah dasar Kerajaan Negeri untuk menghantar pelajar-pelajar bagi tujuan meneruskan pengajian ke negara-negara tersebut?
-
Adakah program peduli Timur Tengah akan diteruskan?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membeli bangunan baru bagi tujuan penginapan pelajar-pelajar Selangor di negara-negara tersebut?
251) SKUAD KHAS ‘FIRST AID’ TAMPAL JALAN KAMPUNG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Iklim negara bercirikan banyak hujan, kawasan kampung pinggiran bandar adalah tempat pekerja di bandar tinggal. Status jalan yang masih di lot persendirian selalu berlubang dan merbahaya, adakah atas dasar keprihatinan boleh mewujudkan pasukan khas mengurangkan risiko kemalangan menampal lubang jalan?
251) PROGRAM BANTUAN OKU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah OKU yang menerima bantuan "one-off" RM500. Perincikan mengikut DUN.
-
Senaraikan kategori OKU yang menerima bantuan secara "one-off" tersebut.
251) ISU LAMBAKAN RUMAH GAGAL DIJUAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapakah lambakan rumah gagal dijual di kawasan Negeri Selangor mengikuti PBT.
-
Apakah punca dan impak terhadap ekonomi terhadap lambakan rumah gagal dijual?
-
Bagaimana kerajaan membantu menyelesai isu ini?