250) KUTIPAN HASIL CUKAI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan hasil cukai yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri sehingga bulan September tahun 2010 ?
-
Sila senaraikan jumlah kutipan hasil cukai Negeri Selangor secara perbandingan sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang mempengaruhi prestasi kutipan hasil cukai Negeri Selangor ?
250) BANTAHAN SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN SPR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini tindakan Kerajaan Negeri yang diambil untuk membantah syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah untuk keseluruhan Negeri Selangor.
250) PENGGANTIAN PEKERJA ASING DENGAN ANAK TEMPATAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan penggunaan pekerja asing di Selangor, dengan mengalakkan lebih banyak anak tempatan bagi pengambilalihan tugas kerja pekerja asing?
250) PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang dibelanjakan oleh Selangorku dalam menambah baikkan infrastruktur asas Kampung Jenjarom, Kampong Seri Cheeding, Kampung Telok Datok, Kampong Fatimah dan Bukit Perah sejak Tahun 2008 hingga Oktober 2013; i) Sila menyatakan kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan; ii) Jumlah kos setiap kerja yang telah dilakukan
251) SKUAD KHAS ‘FIRST AID’ TAMPAL JALAN KAMPUNG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Iklim negara bercirikan banyak hujan, kawasan kampung pinggiran bandar adalah tempat pekerja di bandar tinggal. Status jalan yang masih di lot persendirian selalu berlubang dan merbahaya, adakah atas dasar keprihatinan boleh mewujudkan pasukan khas mengurangkan risiko kemalangan menampal lubang jalan?
251) PENDIDIKAN PELAJAR-PELAJAR ANAK SELANGOR DI TIMUR TENGAH, MAGHRIBI DAN JORDAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah dasar Kerajaan Negeri untuk menghantar pelajar-pelajar bagi tujuan meneruskan pengajian ke negara-negara tersebut?
-
Adakah program peduli Timur Tengah akan diteruskan?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membeli bangunan baru bagi tujuan penginapan pelajar-pelajar Selangor di negara-negara tersebut?
251) MASALAH PELARIAN UNHCR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap masalah pelarian UNHCR yang menjajakan memandangkan mereka tidak dibenarkan berbuat demikian?
251) CUKAI TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah hasil perolehan cukai tanah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) dari 2019-2023?
-
Berapakah tempoh penilaian semula cukai tanah dibuat?
-
Berapakah kenaikan peratusan cukai tersebut setiap kali penilaian semula dibuat?
251) PENDIDIKAN KANAK-KANAK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Minta kerajaan negeri nyatakan rancangan untuk menyediakan kemudahan taska dan pusat asuhan kanak-kanak di Selangor
-
Minta kerajaan negeri mengemukakan statistik dan jumlah peruntukan yang dikeluarkan menerusi skim TUNAS
-
Minta nyatakan rancangan untuk memperbaiki sistem pendidikan kanak-kanak secara komprehensif
251) PASAR AWAM SUNGAI HAJI DORANI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kehadiran pengunjung dan kuasa beli di pasar awam tersebut?
-
Bilakah papan tanda Pasar Awam akan dipasang, sebagaimana janji EXCO lepas akan meletakkan di tepi jalan utama?
-
Najis haiwan di pasar awam, apa tindakan kerajaan?