250) JUMLAH AIR YANG TIDAK BERHASIL DITANGGUNG AIR SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah air yang tidak berhasil yang terpaksa ditanggung oleh Air Selangor? Apakah usaha untuk mengatasinya?
250) PROGRAM SPIES SELANGOR KINI DIPANGGIL PROGRAM INSAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga 2014? Senaraikan mengikut tahun 2008 hingga 2014
-
Berapa ramai peserta telah mengikuti program ini semenjak 2008 hingga 2014?
-
Apakah langkah Kerajaan untuk menambahbaik program ini?
250) GERAI SEMENTARA JUALAN IKAN DI SG HAJI DORANI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap status gerai sementara tersebut?
-
Benarkah peniaga gerai tersebut telah menerima notis tidak dibenarkan berniaga?
250) PEMBANGUNAN KEDAI PERNIAGAAN DI BAWAH PEJABAT DAERAH DAN JUGA PBT TEMPATAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menaiktaraf kedai ini kerana ada antaranya sudah kelihatan uzur dan daif kerana sudah lama tidak diselenggara dengan baik?
-
Sub-soalan telah di tolak
250) MEMBAIK PULIH KEMUDAHAN AKTIVITI RIADAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina tapak kemudahan riadah terutama bagi aktiviti lasak di kawasan pinggir bandar?
-
Bagaimanakah proses pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal yang dibina oleh kerajaan?
250) PROGRAM LADANG #SMARTSELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program tersebut?
-
Nyatakan jumlah permohonan dan penerima bantuan tersebut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan lebih ramai menyertai program tersebut?
250) PRESTASI EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara detail bagaimanakah prestasi ekonomi Selangor sepanjang tahun 2016?
-
Sila perincikan faktor kelembapan ekonomi global dan cukai GST terhadap prestasi ekonomi Selangor?
-
Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan bagi memastikan prestasi ekonomi Negeri terus stabil?
250) WIFI PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapa lokasi WiFi hotspot yang telah dipasang oleh Kerajaan Negeri setakat ini?
-
Adakah kita mampu sampai ke sasaran 2500 hotspot sepertimana yang digariskan di dalam ucapan belanjawan 2015?
-
Berapa kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk memberi WiFi percuma ini?
250) RUMAH URUT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah operasi yang telah dilakukan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pelacuran dan khidmat seks di rumahÐrumah urut di negeri Selangor?
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh jabatan dan agensi peringkat negeri dalam hal ini?
-
Apakah tindakan selanjutnya dikenakan kepada premis-premis yang telah dikenakan tindakan kerana menjalankan aktiviti tersebut?
250) JETI NELAYAN SUNGAI TANJUNG MEDAN SUNGAI PANJANG
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengunaan jeti tersebut?
-
Adakah kerajaan boleh menyediakan peruntukan untuk menaiktaraf dan membaikpulih jeti tersebut?