248) PEMBINAAN JIRAT CINA DI KG FELDA BUKIT CERAKAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek tersebut?
-
Nyatakan jumlah aduan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri
-
Nyatakan secara terperinci syarikat yang membina jirat Cina tersebut.
248) PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR dalam RM telah kita tawarkan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pendidikan ke INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) dalam dan luar negeri sejak dari mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat?
-
Berapakah jumlah pelajar dan pinjaman telah di keluarkan oleh Kerajaan Negeri mengikut Daerah
-
Berkemungkinan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan skim pemberian biasiswa berdasarkan ÒmeritÓ khusus untuk pelajar-pelajar anak Negeri Selangor yang kurang berkemampuan yang berjaya memasuki universiti tempatan dan luar Negara
248) PENSTRUKTURAN SEMULA ANAK-ANAK SYARIKAT MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini penstrukturan semula anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Darul Ehsan Investment Group (DEIG)?
-
Siapakah ahli lembaga pengarah MBI dan DEIG sekarang?
-
Adakah inisiatif penstrukturan semula telah memberi kesan positif kepada MBI secara keseluranhannya?
248) SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah wang caruman parit tahunan dan penggunaannya?
-
Adakah kajian perezaban parit dan sistem saliran di negeri Selangor telah dilakukan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam usaha mempertingkatkan lagi penyelenggaraan sistem saliran di negeri Selangor?
248) BANTUAN BUAT WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan bantuan seperti Bingkas ini juga dibuka ruang pendaftaran kepada warga emas yang tidak mempunyai anak / keluarga?
-
Apakah terdapatnya mana-mana bantuan (selain SMUE) untuk warga emas yang tidak berpendapatan dan tidak mempunyai anak?
248) RUMAH TIDAK DISELENGGARA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Selain membilkan kos penyelenggaraan rumah yang tidak di selenggara kepada pemilik, apakah penyelesaian jangka masa panjang yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, memandangkan proses notis hingga pelaksanaan penyelenggaraan memakan masa yang terlalu lama dan keperluan untuk melaksanakan yang sama secara berulang?
248) KEBENARAN MERANCANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur permohonan untuk Kebenaran Merancang bagi projek-projek pembangunan?
-
Senaraikan permohonan Kebenaran Merancang yang diterima dan diluluskan dari tahun 2013 hingga 2014 mengikut PBT?
248) PROJEK PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan pembangunan Sungai Klang di sekitar kawasan bandar Klang?
248) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan tindakan PBT terhadap projek perumahan terbengkalai.
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa projek rumah terbengkalai?
248) LAMPU JALAN PBT DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos penyelenggaraan dan kes kecurian lampu jalan pada tahun 2013 dan 2014 dan anggaran 2015 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah lampu jalan LED dan solar yang telah dipasang di setiap PBT.
-
Status terkini 50 tiang lampu LED untuk setiap DUN yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri