248) RIZAB PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci rizab PBT seluruh Negeri Selangor ?
-
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan rizab PBT terus berada dalam keadaan stabil dan kukuh ?
-
Apakah bentuk insentif yang diberikan kepada PBT yang mempunyai rizab yang stabil ?
248) PROJEK JAMBATAN KE 3 KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan progress projek dan jangka tarikh siap projek
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah banjir sekeliling kawasan perumahan kesan dari projek tersebut?
-
Sila senaraikan aduan masalah yang telah dihadapi oleh penduduk dan tempoh waktu untuk diselesaikan.
248) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KUANG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Akibat pemesatan pembangunan di Kuang, SJK (C) Kuang yang luasnya 0.745 ekar dijangka tidak dapat lagi menampung jumlah pelajar yang kian menaik saban tahun. Oleh sebab itu, pihak lembaga pengurus sekolah telah bercadang untuk meluaskan saiz tanah tersebut. Demi memastikan anak-anak kita mempunyai keadaan yang selesa, adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengambil tanah yang berdekatan? Sekiranya tidak, sila jelaskan pendekatan lain untuk membendung masalah tersebut.
248) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pengguna Air Darul Ehsan yang berjaya mendaftar dan tidak berjaya mendaftar?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memberi bantuan jika pengguna tersebut miskin tegar dan tidak berpelajaran?
248) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pembahagi jalan khususnya dari kilang BERNAS Sekinchan hingga ke Balai Bomba Sekinchan dapat diatasi ?
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki permukaan jalan yang tidak rata dan berlekuk-lekak itu dapat dilakukan demi keselamatan para pengguna jalan raya ?
-
Sila kemukakan jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan tahunan untuk Jalan Persekutuan 5 dari Kapar hingga ke Sabak Bernam ?
248) PEMBANGUNAN DESA BERSEPADU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program pembangunan desa bersepadu?
-
Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian ini?
248) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Negeri Selangor sejak 2019-2023.
-
Apakah pecahan mengikut peratusan sektor ekonomi daripada FDI tersebut dari 2019-2023?
248) CARUMAN PERPARITAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah caruman perparitan yang telah dikutip sejak 2008
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk membelanjakan caruman perparitan serta cara permohonannya
248) PINJAMAN MIKRO KREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Pinjaman Mikro kredit Selangor telah dilancarkan di Sabak Bernam oleh YB Exco Dr Hassan Mohd Ali. Berapa ramaikah rakyat Negeri Selangor yang telah mendapat pinjaman mikro kredit dan berapakah jumlah wang yang terlibat ?
-
Sila senaraikan nama-nama DUN yang telah menjalankan skim mikro kredit ini.
-
Apakah syarat-syarat seseorang itu untuk melayakkan dirinya menerima bantuan mikro kredit ?
248) PPR SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Adakah tindakan kerajaan untuk menangani kes sewa atas sewa?
-
Adakah kerajaan ingin membuat pemutihan terhadap penduduk PPR Kota Damansara?