247) REZAB PBT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah simpanan atau rezab bagi setiap PBT pada tahun 2023?
247) MASALAH BANJIR DI DUN IJOK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh bagi menangani isu banjir khususnya di DUN Ijok?
-
Apakah inisiatif semasa yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi menangani isu banjir di DUN Ijok sementara menunggu rancangan tersebut siap?
247) BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai nama ketua setiap PeBT dan laporan lengkap prestasi setiap ketua Penggerak Belia Tempatan tahun 2014.
-
Sila kemukakan jadual pelaksanaan program Anak Muda Tahun 2015
-
Sila kemukakan senarai tempat latihan atau institut pembangunan anak muda
247) RUMAH REHAT KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan rumah rehat Kerajaan di seluruh Selangor menurut daerah
-
Berapakah kos penyelenggaraan menurut daerah?
-
Adakah rumah-rumah rehat tersebut menjadi bebanan?
247) PENGUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan bajet yang diperuntukkan untuk menggalakkan industri IKS?
-
Apakah kemajuan rancangan pemulihan kilang-kilang haram (tanpa lesen) sehingga Disember 2008?
-
Apakah rancangan dan kemajuan dalam pengawalan dan pengawasan industri 'besi buruk'?
247) KESAN EKONOMI AKIBAT COVID 19
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah impak isu Covid 19 terhadap pengembangan & perancangan ekonomi Negeri Selangor
-
Apakah sektor industri yang paling terjejas dengan fenomena ini
-
Berapakah jumlah kerugian yang telah dialami oleh sektor pelancongan di Selangor
247) PLAN PEMULIHAN COVID SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada plan pemulihan COVID sama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat?
-
Sejauh manakah Selangor Task Force berfungsi untuk menangani COVID dan keberkesanannya untuk mengurangkan kes COVID di Selangor?
247) HOSPITAL TANJUNG KARANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Pada November dan Disember 2023, kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha ayam yang menyebabkan kacau ganggu lalat di Hospital Tanjung Karang, senaraikan ladang ayam dan ahli lembaga pengarahnya yang telah dikompaun tersebut.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap 16 buah ladang ayam pedaging yang dilesenkan dalam radius lima (5) kilometer dari Hospital Tanjung Karang?
-
Berapa laporan tentang kacau ganggu lalat dari ladang-ladang tersebut yang telah diterima dan senaraikan laporan serta tindakan yang telah diambil sehingga September 2024?
247) PENDAPATAN PER-KAPITA RAKYAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 DAN 2009
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran jumlah pendapatan per-kapita rakyat di Negeri Selangor bagi tahun 2008 sehingga tahun 2009 mengikut komposisi kaum?
-
Berapakah jumlah ekuiti yang dipegang oleh rakyat Negeri Selangor mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008 sehingga 2009?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan pendapatan per-kapita dan menjana ekuiti tersebut?
247) SISTEM I-WORKFARE
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah data bersepadu yang dikumpulkan menerusi Sistem I Workfare mengikut kategori dan pecahan daerah.
-
Sejauh manakah data ini digunakan untuk memadankan kerja dengan golongan yang berpendapatan rendah dan perlukan bantuan kebajikan?
-
Apakah kekangan yang dihadapi menggunakan sistem ini?