246) HOMESTAY
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah lokasi homestay yang terdapat di Selangor sehingga akhir tahun 2008?
-
Berapakah jumlah pelancong yang mengunjungi homestay dalam tahun 2005-2008?
-
Apakah rancangan Kerajaan Selangor dalam membangunkan industri homestay dan berapakah peruntukan?
246) KEPADATAN MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan dalam menangani isu kepadatan murid terutama bagi kemasukan Tingkatan 1 di sekolah menengah di sekitar dun Sungai Kandis?
-
Apakah terdapat perancangan pembinaan sekolah baharu khasnya di dalam Dun Sungai Kandis? Senaraikan jika ada.
247) STATUS PENDUDUK SETINGGAN DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG, PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Masalah perpindahan penduduk Setinggan di Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran telah timbul pada tahun 2002 tetapi masih tidak dapat diselesaikan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin?
247) MASALAH LINTAH DARAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Masalah lintah darat semakin hari semakin serius. PBT di Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan merampas sepanduk-sepanduk lintah darat, tetapi nampaknya tidak berkesan. Apakah tindakan yang akan diambilkan oleh PBT Negeri Selangor seterusnya, untuk menangani masalah sepanduk lintah darat?
-
Bagaimanakah kerajaan bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani masalah lintah darat?
247) TANAH MILIKAN YAYASAN SELANGOR DI ULU BERNAM
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini tanah milikan Yayasan Selangor seluas 217 ekar yang pernah digunakan sebagai Bernam River Airfield di Ulu Bernam.
-
Pernahkah Yayasan Selangor mengkaji secara mendalam kesesuaian penggunaan tanah tersebut bagi menjana hasil dan pulangan yang optimum? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
247) WANITA BEKERJAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri untuk menangani isu wanita berkerjaya, seperti diskriminasi di tempat kerja, perbezaan gaji, dan halangan kenaikan pangkat?
-
Apakah statistik terkini mengenai isu-isu ini di negeri Selangor?
-
Adakah program kesedaran atau perundangan sedang diperkenalkan untuk menangani isu ini?
247) SELVAX VAKSIN DOS KETIGA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap perlaksanaan suntikan vaksin dos ketiga dibawah progam SELVAX?
-
Berapakah kos keseluruhan perlaksanaan program SELVAX?
247) MENAIK TARAF BALAI POLIS DI DUSUN TUA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan untuk menaik taraf Balai Polis akan selari dengan penambahan penduduk di Dusun Tua?
-
Bilakah kali terakhir Balai Polis di Dusun Tua dinaik taraf?
247) MASALAH TANAH PERKUBURAN HINDU DI SIMPANG LIMA, KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga serta membersihkan Tanah Perkuburan Hindu di Simpang Lima, Klang?
-
Mengapakah Tanah Perkuburan Hindu di Simpang Lima, Klang sentiasa tidak dijaga dan dibersihkan oleh pihak yang bertanggungjawab?
-
Apakah keluasan sebenar Tanah Perkuburan tersebut dan mengapakah ianya tidak dipagar dan dikawal?
247) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Saya dimaklumkan di dalam mesyuarat JKTD daerah Hulu Langat pada 13 September 2023 bahawa Pihak Berkuasa Negeri melalui MBI ada menyalurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak bilakah penyaluran itu berlaku, apakah syarat-syaratnya, apakah prosedurnya dan berapakah jumlah yang boleh dipohon?