246) PORTFOLIO PEKERJA LADANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016
-
Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya
246) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sedang berjalan dengan lancar kebanyakan kawasan DUN di Selangor. Walaupun bagaimanapun , para penyelaras tuisyen menghadapi masalah untuk mendapatkan guru-guru yang berkualiti yang sanggup menerima bayaran elaun RM 40 sejam. Memandangkan kadar bayaran di pusat tuisyen swasta atau tuisyen rumah adalah di antara RM 60 sejam dan ke atas , maka guru kurang cenderung untuk mengajar di bawah PTRS. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan elaun guru-guru tuisyen ini ?
246) PENSTRUKTURAN SEMULA ANAK SYARIKAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anak-anak syarikat Selangor dan subsidiarinya.
-
Senaraikan anak-anak syarikat Selangor yang dorman dan apakah tindakan Kerajaan Negeri terharap syarikat-syarikat dorman ini bagi memastikan anak syarikat Selangor bersaing secara kompetitif dan mencapai misi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
246) TAKUNGAN AIR EMPANGAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peratusan takungan air yang paling rendah dicatat pada setiap empangan di Selangor pada tahun ini.
-
Adakah takungan air Empangan di Selangor mencukupi untuk menampung keperluan bekalan air di Selangor sehingga Disember 2019?
246) GOLONGAN MUALAF
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk membanteras kes murtad di kalangan mualaf ?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk membanteras kes murtad di kalangan mualaf ?
246) PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah projek tebatan banjir dari tahun 2014 sehingga kini mengikut PBT?
-
Berapakah jumlah peruntukan bagi melaksanakan projek tersebut?
246) BUKIT FRASER
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membangunkan industri pelancongan di Bukit Fraser?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan bangunan milikan Kerajaan Negeri yang terbiar atau berkeadaan teruk di Bukit Fraser?
246) HUFFAZ AL-QURAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah serta kategori atau kelas (jika ada) di kalangan para huffaz AlQuran di Selangor?
-
Nyatakan lima bidang kerjaya paling utama yang diceburi oleh huffaz Al-Quran di seluruh Selangor.
-
Apakah bantuan atau insentif-insentif yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka?
246) PEMASANGAN TNB PYLON DI KAWASAN DUN TERATAI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah kemudahan awam yang dibekalkan atau ditaja oleh TNB hasil daripada Projek Pemasangan TNB Pylon di DUN Teratai?
-
Berapakah pembayaran yang dibayar oleh TNB kepada Kerajaan Selangor atau agensi-agensi Kerajaan dengan projek pemasangan TNB Pylon PMU Bandar Mahkota Cheras?
246) DOS PENGGALAK SELVAX
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Sila terangkan laporan terperinci dos penggalak Selvax di Selangor seperti jumlah dos penggalak yang telah diberi, program atau aktiviti yang masih akan dijalankan berkaitan dengan dos penggalak dan sebagainya