246) PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapakah banyakkah jumlah kilang tanpa izin di Selangor yang masih belum diputihkan sehingga sekarang?
-
Berapakah banyak permohonan telah diterima, masih diproses dan telah diluluskan di setiap Pejabat Tanah sehingga sekarang?
246) ORANG ASLI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian-pencapaian yang telah di kecapi oleh Kerajaan Selangor selepas penubuhan Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS)?
246) PERUNTUKAN PWB
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan PWB yang telah dibelanjakan kepada setiap DUN dan bagaimanakah komitmen ADUN untuk mengetahui aliran kewangan tersebut?
-
Mengapakah di peringkat PWB telah memotong peruntukan sebanyak RM15,000 untuk diselenggarakan program berstruktur tanpa persetujuan dari pihak PWB DUN?
246) PEMANTAUAN SKIMSEL & MIKROKREDIT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Penghuraian Exco mengenai keberkesanan pelaksanaan SKIMSEL/mikrokredit dari Januari hingga Disember 2014
-
Apakah kaedah pemantauan yang dilakukan bagi memastikan agensi yang dilantik menjalankan tugas dengan efisien dan berkesan?
246) TINDAKAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan bagi membendung berulangnya banjir dipersekitaran Surau al-Tolabiyah, Kampung Sungai Ramal Luar?
246) KLINIK KESIHATAN DAERAH PETALING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan pesakit yang pergi ke setiap klinik kesihatan serta kelas KK dalam daerah Petaling?
-
Apakah tindakan bagi mengatasi peningkatan bilangan pesakit di setiap klinik kesihatan yang melebihi kapasiti? Nyatakan KK yang terlibat
246) ELAUN GURU KAFA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 muka surat 14: ÒPada pendapat Audit, pembayaran elaun Guru KAFA adalah tidak memuaskan walaupun Kerajaan Negeri telah menaikkan elaun berjumlah RM1,000 mulai bulan Januari 2009Ó. Audit dalam muka surat 13 juga menyatakan: ÒGuru KAFA yang mengajar 70 jam sebulan sepatutnya menerima RM1,458 sebulanÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 56, Para 2.5.3.5: ÒBayaran Guru KAFA adalah berbentuk elaun dan tanggungjawab JAKIM dan Kerajaan Negeri yang boleh menambah elaun. Akan mengadu kepada pihak berkuasa sekiranya usaha yang dibuat gagalÓ. Apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Jabatan bagi memenuhi piawaian Audit di atas?
-
Berapakah jumlah penambahan peruntukan sekiranya garis panduan bayaran RM1,458 sebulan mahu dilaksanakan terhadap guru-guru KAFA berkenaan?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi sasaran elaun RM1,458 sebulan bagi guru-guru berkenaan?
246) SETINGGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah setinggan yang berada di Negeri Selangor dan senaraikan keseluruhan kawasan setinggan tersebut?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah setinggan ini?
-
Adakah masih ada isu setinggan di mana-mana kawasan di DUN Morib dan sila nyatakan kawasan-kawasan tersebut?
246) PERANAN MASJID DAN SURAU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor mempunyai perancangan khusus untuk memastikan masjid dan surau menjadi institusi yang menyatukan ummah merentasi fahaman politik dan perkauman?
246) PASAR AWAM (PAGI) DI DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang rancangan untuk membina atau menambaikkan pasar awam (pagi) di DUN Teratai?
-
Berapakah peruntukan 2014 Kerajaan untuk perkara di atas?