245) PENGAIRAN DAN SALIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah dan kawasan saliran atau perparitan di bawah agensi yang diselia oleh JPS dan IADA dalam kawasan pengairan Barat Laut dengan terperinci.
-
Apakah status terkini menggantikan palong yang baharu serta nyatakan tempoh masa untuk menukar keseluruhan panjang palong sawah sepanjang 156km dan 374.87km kepada yang baharu?
-
Bagaimana kolam takungan di bancanal parit 4 Sungai Haji Dorani (SHD) diselenggarakan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik?
245) KERJASAMA DENGAN PENGUSAHA TEMPATAN UNTUK MEMPERKENALKAN PERKHIDMATAN SEWAAN BASIKAL ELEKTRIK DI STESEN MRT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan kerajaan untuk menyempurnakan sambungan "first mile-last mile" dari stesen MRT terutamanya di kawasan DUN Seri Kembangan?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan pengusaha basikal elektrik tempatan untuk memperkenalkan perkhidmatan sewaan basikal elektrik di stesen MRT?
245) PENGERUSI JKKK KG TRADISI DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah Pengerusi JKKK Kg Tradisi yang sedia ada mengikut pecahan parti politik
-
Adakah pelantikan Pengerusi JKKK Kg Tradisi yang baru akan dibuat mengikut pecahan yang dipersetujui oleh parti-parti pemerintah Selangor pada tahun ini? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Adakah semua Pengerusi JKKK Kg Tradisi menerima surat lantikan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya memandangkan terdapat Pengerusi JKKK Kg Tradisi tidak tahu terdapat pelantikan sedemikian?
245) NAIK TARAF STADIUM JUGRA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan butir-butir kerja, kos dan segala perbelanjaan yang telah dilakukan untuk naik taraf Stadium Jugra, Telok Datok Kuala Langat?
-
Adakah Stadium Jugra akan dibuka sewa dan digunakan oleh Rakyat selepas siap di naik taraf?
245) KESESAKAN LALU-LINTAS DI KLANG BANDAR DIRAJA DAN PEMBUKAAN PUSAT PERNIAGAAN ÒCHINA TOWNÓ
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Klang Bandar Diraja ini?
-
Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperoleh status ÒBANDARAYAÓ bagi Klang Bandar Diraja ini, yang telah lama menepati kesemua syarat-syarat yang telah digariskan untuk mendapatkan status ÒBANDARAYAÓ tersebut?
-
Mengapakah sehingga ke hari ini satu kawasan khas masih belum diperuntukkan di Bandar Klang bagi peniaga-peniaga Cina menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti ÒChina TownÓ yang menyerupai ÒPetaling StreetÓ di Kuala Lumpur?
245) MEMOHON PERTAMBAHAN SEKOLAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menambah jumlah sekolah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian berkaitan khususnya di Kota Warisan dan Bandar Bukit Puchong?
245) PERUNTUKAN MARRIS UNTUK JALAN PERTANIAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk tujuan jalan-jalan pertanian?
-
Adakah jalan-jalan di kawasan pekebun kecil termasuk di dalam peruntukan ini?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk jalan-jalan pertanian pekebun kecil?
245) PEMBINAAN FLYOVER DI SIMPANG BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian semula di simpang Bulatan Jalan Raya Bandar Saujana Putra, Jenjarom untuk membina sebuah flyover demi menyuraikan kesesakan kenderaan, memandangkan kawasan itu merupakan bottleneck kesesakan jalan untuk ribuan penduduk tinggal di situ?
245) GODELL PARKING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri untuk kontrak yang telah ditandatangani dengan pihak Godell Parking?
-
Mengapakah kajian tersebut mengambil masa yang begitu lama?
-
Mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) walaupun pihak Godell Parking tidak memenuhi tanggungjawab kontrak mereka seperti memberikan mesin kupon yang mencukupi dan pembayaran lewat kepada MPSJ?
245) BUDAYA MENJAGA KESIHATAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Ramai warga Selangor dilanda penyakit kronik, dikaitkan dengan budaya hidup tidak sihat. Apakah insentif awal kerajaan untuk mencegah penyakit diabetes, sakit buah pinggang,melalui aktiviti seperti tukar tabiat makan?
-
Adakah kerajaan bersedia untuk melabur untuk mencegah rakyat daripada penyakit kronik?