23) KREMATORIUM AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kremotarium awam di seluruh Selangor mengikut setiap PBT
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan dalam menyelenggara dan membaik pulih kremotarium-kremotarium tersebut?
-
Nyatakan perbadanan atau organisasi yang bertanggungjawab dalam menguruskan sewaan setiap kremotarium tersebut.
23) GUGUSAN INDUSTRI TERPILIH DAN INDUSTRI PERKHIDMATAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana untuk pelaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan dilaksanakan di Rawang?
-
Apakah yang telah dilaksanakan untuk Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang?
-
Nyatakan jadual perancangan untuk perlaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang.
23) PUSAT PENGURUSAN PRODUK IKS DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Terdapat sebuah Pusat Pengurusan IKS telah dibina di daerah Kuala Langat iaitu DUN Morib. Bilakah pusat ini akan beroperasi?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk promosi pusat IKS ini?
-
Berapa peruntukan untuk aktiviti ini?
23) KILANG BERHAMPIRAN KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kewujudan kelulusan pembinaan kilang jarak kurang daripada 500 meter dari kawasan perumahan?
-
Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan kilang-kilang ini tidak menjejas keselesaan penduduk sekeliling?
-
Nyatakan bilangan kilang yang jarak kurang 500 meter dari perumahan di setiap DUN.
23) PAPAN IKLAN DI KAWASAN LAPANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua papan iklan (billboard) yang telah diluluskan di atas tanah yang diwartakan kawasan lapang oleh MBPJ.
-
Senaraikan semua papan iklan (billboard) yang telah diluluskan di atas tanah yang diwartakan kawasan lapang oleh PBT lain.
23) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga September tahun 2019?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2017, 2018 dan sehingga september 2019 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
23) MAHKAMAH SYARIAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bilangan kes-kes Mahkamah Syariah yang telah tertangguh sehingga kini?
-
Apakah punca-punca kes tertangguh?
-
Apakah usaha dan peruntukan belanjawan Selangor 2015 bagi mengatasi punca-punca yang dinyatakan di (b)?
23) DASAR PERUMAHAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Bilakah Dasar Perumahan Negeri Selangor digubal dan apakah visi utama dasar ini?
-
Senarai jumlah unit Rumah Selangorku yang disasarkan,telah dibina dan unit yang tidak dapat dijualkan mengikut kategori dan pecahan daerah.
-
Apakah faktor yang menyebabkan Rumah Selangorku tidak dapat dijual?
23) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada kuil di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan Rumah Ibadat Bukan Islam yang telah disalurkan kepada tokong di Hulu Selangor secara terperinci sejak tahun 2008.
23) PENDAPATAN ISI RUMAH PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat di Negeri Selangor mengikut pecahan kumpulan T20, M40 & B40?