244) 291 Kesatuan Sekerja Di Selangor (Keahlian Lebih 650,000 Ahli)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri ada sebarang usaha untuk mengeratkan hubungan dua hala untuk kebaikan bersama?
-
Adakah sebarang rancangan (jika ada) terdekat untuk mengadakan hubungan tersebut?
244) KESAN PENINGKATAN PENDUDUK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan peningkatan penduduk terhadap kualiti hidup masyarakat di Lembah Jaya, termasuk isu seperti keselamatan dan pencemaran?
244) TEMPAT PELANCONGAN MENARIK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tempat-tempat pelancongan menarik mengikut daerah yang dipromosikan oleh Tourism Selangor bagi tahun 2024?
244) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua projek usahasama PKNS dengan syarikat swasta.
-
Sila senaraikan semua projek usahasamasubsidiari-subdiari PKNS dengan syarikat swasta.
-
Sila senaraikan semua aset termasuk "land bank" yang dimiliki oleh PKNS dan subsidiarinya.
244) PENURAPAN JALAN KEBUN DUN TELOK DATOK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan menyediakan dana, peruntukkan untuk menurap semula jalan-jalan kebun di Bukit Perah, sekitar kebun Seri Cheeding dan Tanjong Dua Belas?
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah diluluskan pada tahun 2015 untuk DUN Teluk Datuk?
-
Berapakah jumlah keluasan jalan yang telah diturap?
244) ISU PENIAGA PASAR SUNGAI HAJI DORANI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Bila tarikh papan tanda pasar Sungai Haji Dorani akan dipasang?
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pasar Sungai Haji Dorani yang semakin hari pengunjung dan pembeli berkurang?
244) PEMBELIAN KERETA CAMRY
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah tender terbuka diguna pakai semasa Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membeli kereta Camry bagi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor?
-
Jika ya, sila berikan butir-butir
-
Jika tidak, nyatakan sebab
244) PERUNTUKAN KEPADA PESAKIT TIBI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peruntukan keseluruhan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor bagi pesakit tibi dan nyatakan jumlah pesakit yang menghidapi tibi bagi tahun 2018 - 2019?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan dana khas kewangan untuk pesakit kronik seperti kanser, jantung dan penyakit lain?
244) KDNK SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah KDNK Selangor dan pendapatan Selangor akan terjejas akibat daripada pelaksanaan Darurat, PKP2.0 dan PKP3.0 sejak Januari 2021?
244) PUSAT TADIKA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah Pusat Tadika Rakyat yang bakal dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor di setiap DUN yang dikenal pasti dan apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan ?
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama Pusat Tadika Rakyat didirikan dan berapakah jumlah perbelanjaan yang bakal disalurkan untuk menjayakan program tersebut ?
-
Sila nyatakan apakah jenis bayaran yang bakal dikenakan kepada pelajar-pelajar pra sekolah dan berapakah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi setiap pelajar tadika tersebut ?