243) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Biasiswa Menteri Besar akan dimulakan seperti yang dijanjikan di Manifesto Selangor Pakatan Rakyat?
-
Adakah biasiswa ini akan berdasarkan merit tanpa sistem kuota?
243) PROJEK SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Berapa projek telah diluluskan di bawah Projek Selangor Penyayang di DUN Balakong dan juga seluruh Selangor? Sila menyenaraikan projek-projek tersebut mengikut kategori penyelenggaraan, bina baru dan lain-lain masing-masing.
243) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: KEBAJIKAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri Selangor yang merangkumi kebajikan para imam dan kakitangan masjid seperti Imam Masjid Negeri Selangor?
-
Apakah skim gaji dan jaringan keselamatan kewangan untuk mereka dan keluarga mereka?
243) KADAR TARIF AIR BAHARU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan kerajaan terhadap penetapan kadar tarif air baharu Negeri Selangor?
243) PAIP AIR UZUR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggantikan paip air abestos cement (AC) yang uzur di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan bilangan paip pecah di negeri Selangor untuk tahun 2019 dan 2020.
243) MASALAH PENEMPATAN BARU DI JALAN BUKIT CHERAKAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Sejak 2001 terdapat penempatan baru sekitar 15 rumah di Jalan Bukit Cherakah, kawasan sempadan daerah Kuala Selangor/Klang. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyediakan keperluan asas di kawasan itu seperti bekalan air dan api?
-
Terdapat lebih 50 tanah lot yang pemiliknya sedia untuk mendirikan rumah tetapi terhalang kerana ketiadaan bekalan asas. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk pembangunan kawasan berkenaan?
243) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (IPR 10)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 10 dari 2014-2016 mengikut bangsa.
-
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 serta sebabnya
243) PINJAMAN PENGURUSAN INPENS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Perbendaharaan Negeri Selangor di muka surat 8: Apakah sebab-sebab surat peringatan berkala bagi pengurusan kutipan balik pinjaman INPENS tidak dikeluarkan?
-
Mengapakah jumlah baki pinjaman boleh dituntut tidak dapat ditentukan?
-
Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan balik pinjaman tertunggak?
244) PUSAT GIAT MARA SELAYANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Pusat Giat Mara Selayang telah berada di tapak berkenaan sejak 21 tahun yang lalu, adakah kerajaan akan mempertimbangkan memberi hak milik tanah kepada Pusat Giat Mara Selayang?
-
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan apakah perkembangannya sekarang?
244) LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Bilakah jangkaan Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) akan siap sepenuhnya?
-
Berapakah statistik jumlah kemalangan termasuk kemalangan maut yang berlaku sejak Projek WCE ini bermula?