243) Aset Tanah GLC Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terpeinci aset tanah yang dimiliki oleh PKNS dan PNSB sehingga Oktober tahun 2020?
-
Apakah perancangan projek-projek yang bakal dibina di atas tanah-tanah milik PKNS dan PNSB tersebut?
243) PROJEK SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Berapa projek telah diluluskan di bawah Projek Selangor Penyayang di DUN Balakong dan juga seluruh Selangor? Sila menyenaraikan projek-projek tersebut mengikut kategori penyelenggaraan, bina baru dan lain-lain masing-masing.
243) MASALAH PENEMPATAN BARU DI JALAN BUKIT CHERAKAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Sejak 2001 terdapat penempatan baru sekitar 15 rumah di Jalan Bukit Cherakah, kawasan sempadan daerah Kuala Selangor/Klang. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyediakan keperluan asas di kawasan itu seperti bekalan air dan api?
-
Terdapat lebih 50 tanah lot yang pemiliknya sedia untuk mendirikan rumah tetapi terhalang kerana ketiadaan bekalan asas. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk pembangunan kawasan berkenaan?
243) PINJAMAN PENGURUSAN INPENS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Perbendaharaan Negeri Selangor di muka surat 8: Apakah sebab-sebab surat peringatan berkala bagi pengurusan kutipan balik pinjaman INPENS tidak dikeluarkan?
-
Mengapakah jumlah baki pinjaman boleh dituntut tidak dapat ditentukan?
-
Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan balik pinjaman tertunggak?
243) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini rizab kerajaan negeri Selangor?
-
Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan jumlah rizab?
243) MBPJ DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah mekanisme penyelarasan antara kerajaan negeri dan MBPJ dalam menjayakan program ini?
-
Dari segi manakah matlamat program MBPJ seiring dengan Program MES?
-
Apakah garis panduan kerajaan bagi PBT untuk program seumpama ini?
243) MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT DINAIKTARAF SEBAGAI MAJLIS PERBANDARAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat dan kriteria yang diperlukan oleh sesebuah Majlis daerah dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran?
-
Adakah Majlis Daerah Kuala Langat Sudah memenuhi syarat-syarat itu?
-
Jika Ya, mengapa Majlis Daerah Kuala Langat belum dinaiktarafkan sebagai Majlis Perbandaran?
243) TEBATAN BANJIR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Huraikan prestasi pencapaian uasaha tebatan banjir oleh Kerajaan Negeri.
-
Jelaskan punca dan sebab masih berlakunya kejadian banjir kilat setelah usahausaha yang di lakukan dan setelah membelanjakan dana yang sekian banyak
243) PERANCANGAN ASPEK AGAMA DAN KEBUDAYAAN DI DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk aspek agama dan kebudayaan di DUN Teratai bagi tahun 2013?
-
Berapakah peruntukan yang diagihkan untuk perkara (a)?
-
Sejauh manakah perancangan tersebut dilaksanakan?
243) PASAR BERTINGKAT PAYA JARAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status kelulusan projek pasar bertingkat Paya Jaras Tengah?
-
Bila projek tersebut akan di mulakan dan apakah tempoh pembinaan?