243) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana keberkesanan atau manafaat kemudahan servis Bas Percuma Smart Selangor di lokasi yang telah disediakan?
-
Berapa bajet atau dana yang telah digunakan setakat ini?
-
Bilakah pelaksanaan caj warga asing akan lakukan?
243) OPERASI KILANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi tuduhan fitnah mengatakan Kerajaan Negeri memberi kelonggaran pembukaan kilang yang menyebabkan kes COVID-19 mendadak di Selangor?
243) IKAN SPESIES ASING
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Tular di media tentang pencerobohan spesies asing iaitu Hypostomus Plecostomus atau ikan bandaraya di sungai sekitar negeri ini. Apakah usaha Kerajaan Negeri mengatasi masalah ini?
243) KELIP-KELIP DAN ENGGANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah perbezaan habitat kelip-kelip di Kampung Belia 1 dari Kampung Kuantan dan bagaimanakah ekosistemnya dapat menyokong populasi kelip-kelip?
-
Apakah inisiatif yang diambil kerajaan bagi memelihara dan melindungi populasi kelip-kelip dan burung enggang yang ada di DUN Sungai Panjang?
-
Apakah spesies burung enggang yang paling banyak ditemui di DUN Sungai Panjang dan apakah ancaman terbesar kepada habitat burung enggang di kawasan ini?
243) KESIHATAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan kesihatan awam selain memenangi wabak seperti Denggi, H1N1 dan lain-lain lagi?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 dan 2009 untuk sumbangan kepada pesakit-pesakit miskin yang tidak mampu menjelaskan bayaran perubatan?
-
Adakah kerajaan bersedia memberi sumbangan berkala kepada warga emas untuk membiayai kos perubatan/ kesihatan?
243) PELANTIKAN HAKIM SYARIE
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat-syarat serta proses pelantikan seorang Hakim Syarie?
243) KENDERAAN RASMI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dengan saman ekor, minta nyatakan jumlah sama dan amaun denda yang telah dibayar dan jumlah tunggakan?
243) STATUS PERMOHONAN GERAN PEMILIKAN TANAH RIZAB PENDUDUK DI KAWASAN TG. KARANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status bagi permohonan gran Hak Milik Tanah Rizeb di kawasan Jalan Bomba dan Sekitar jalan UKM kg. Sungai Kajang Mukim Tanjong Karang?
243) BANJIR KILAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil bagi menangani masalah banjir dari Econsave ke Puncak Alam dan di jalan Meru Tambahan berhadapan Mc Donald Puncak Alam?
-
Taman Seri Alam, Saujana Utama turut dilanda banjir. Apakah puncanya dan langkah yang telah diambil?
243) PROJEK PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR (LRA) LABOHAN DAGANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan LRA Labohan Dagang?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan pelaksanaan projek tersebut mengikut jadual?