23) CADANGAN TAPAK PERKUBURAN BERSEPADU DI DAERAH SEPANG
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kenapa dua bidang tanah di Daerah Sepang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk tapak perkuburan bersepadu?
-
Kenapa Daerah Sepang dipilih sebagai tapak perkuburan bersepadu untuk penduduk Selangor Selatan dan Wilayah Persekutuan ?
-
Apakah perkembangan semasa cadangan tapak perkuburan ini?
23) PAPAN IKLAN DI KAWASAN LAPANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua papan iklan (billboard) yang telah diluluskan di atas tanah yang diwartakan kawasan lapang oleh MBPJ.
-
Senaraikan semua papan iklan (billboard) yang telah diluluskan di atas tanah yang diwartakan kawasan lapang oleh PBT lain.
23) PENYENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI PERUNTUKAN (MARRIS)
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Peruntukan Dana Sistem Data Jalan Malaysia (MRRES) yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2009 dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan?
-
Sila senaraikan projek-projek MRRES yang telah diluluskan dan dilaksanakan dalam tahun 2009 mengikut senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerahdaerah di Selangor
-
Berapakah jumlah peruntukan MRRES yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2010 dan sila senaraikan projek-projek tersebut mengikut senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerahdaerah?
23) PELANTIKAN MPKK KURANG BERKELAYAKAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria perlantikan MPKKK di Negeri Selangor bagi mengelakkan MPKK dilantik daripada kalangan asnaf dan kurang berkelayakan untuk memimpin kampung?
-
Adakah kriteria itu mampu untuk melahirkan MPKK yang responsif dan cekap dalam menerima aduan rakyat?
23) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga September tahun 2019?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2017, 2018 dan sehingga september 2019 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
23) KES KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI MUKIM KLANG DAN SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Mukim Klang dan Negeri Selangor dari 1hb Jan 2021 hingga 31hb Jul 2021.
-
Berapakah kes kematian disebabkan varian Delta, Alpha, Gamma dan Beta?
23) PENDAPATAN ISI RUMAH PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan kasar bulanan isi rumah rakyat di Negeri Selangor mengikut pecahan kumpulan T20, M40 & B40?
23) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan status penstrukturan semula industri air Selangor selepas mahkamah membatalkan saman RM14 bilion Puncak Niaga Holdings Berhad?
-
Apakah manfaat jangka panjang yang akan diperolehi rakyat?
-
Apakah jangkaan tempoh penyelesaian penggantian paip lama di seluruh Selangor?
23) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan nasib PWB?
-
Sudah berapa lamakah elaun Penyelia PWB dihentikan dan apakah perancangan untuk memberdayakan PWB?
23) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah RIBI yang masih belum dimohon dengan mengikut daerah.
-
Sila senaraikan tanah RIBI yang telah diwarta tetapi sehingga kini masih belum dibangunkan lagi dengan mengikut daerah.