242) PINJAMAN PERUMAHAN DANA-SEL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah peserta yang berjaya memperolehi pinjaman DANA-SEL mengikut kaum dan pecahan daerah.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk tujuan tersebut?
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kriteria yang dikenakan untuk memperolehi Pinjaman DANA-SEL
242) PENGANGKUTAN AWAM – BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah frekuensi perjalanan Bas Smart Selangor di kawasan DUN Teratai?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan frekuensi perjalanan bas dan membanyakkan lagi tempat-tempat menunggu bas di kawasan/ fasiliti Kerajaan Negeri?
242) BLUEPRINT KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada kajian ukuran kejayaan kepada penerima blueprint kemiskinan? Bilakah kali terakhir kajian ini dibuat dan apakah ianya berbentuk tahunan?
-
Berapa peratusan dari kalangan mereka yang berjaya dikeluarkan dari kemiskinan?
-
Apakah ada sasaran yang ingin dicapai untuk perkara (b) di atas?
242) LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
LDP merupakan lebuh raya utama yang digunakan oleh warga Selangor. Bayaran tol yang tinggi dan tidak berpatutan telah membebankan anak Selangor. Menurut kajian Ahli Parlimen PJU, kerajaan persekutuan hanya memerlukan 1.4 bilion sahaja untuk membeli lebuh raya tersebut. Mungkinkan Kerajaan Negeri berunding dengan kerajaan persekutuan agar lebuh raya tersebut dapat dibeli oleh anak syarikat kerajaan Selangor? Sila beri penjelasan
242) PELEBARAN JALAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Bilakah agaknya rancangan kerajaan negeri untuk melebarkan jalan yang menjadi punca kesesakan agar memudahkan masyarakat khasnya di Dun Taman Templer?
242) KILANG HARAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kilang haram yang terkini yang telah dikesan mengikut PBT.
-
Nyatakan garis panduan yang ada mengikut PBT dalam proses menutup kilang haram.
242) PERKHIDMATAN ALAM FLORA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan telah menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Alam Flora. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menamatkan perkhidmatan mereka sebagai pemungut , pembersih dan pengurus sampah di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membenarkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengurus sistem pungutan dan pembersihan sampahnya masingmasing?
242) KEMUDAHAN RIADHAH UNTUK WARGA EMAS DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang menyediakan tempat kemudahan riadhah khas seperti di Jepun bagi mengekalkan keceriaan dan kecergasan minda agar mereka dapat terus menyumbang kepada negara?
-
Mohon statistik warga Selangor berumur 60 tahun ke atas mengikut bangsa, kelulusan dan bidang kepakaran.
242) CAJ BEG PLASTIK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil tahunan yang diperoleh daripada pengenaan caj RM0.20 terhadap penggunaan beg plastik sejak 2017?
-
Bagaimana hasil caj beg plastik digunakan? Adakah ia digunakan untuk inisiatif hijau?
-
Apa usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna?
242) HOMESTAY DI TANAH PERTANIAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah telah lengkap Garis Panduan Pemutihan Inap Dusun di bawah P3S yang sedang dalam fasa untuk disemak semula bagi dimuktamadkan sebagai panduan kepada semua PBT?
-
Apakah bentuk penguatkuasaan yang telah diambil ke atas pengusaha pusat pelancongan yang tidak mengekalkan 70% aktiviti pertanian dari keluasan tapak tanah pertanian seperti diletakkan sebuah kapal terbang atas tanah pertanian sawah dalam kawasan Sekinchan serta nyatakan bilakah dilaksanakan tindakan tersebut?
-
Senaraikan bentuk tindakan tersebut yang telah diambil dalam tempoh 5 tahun lepas.