242) HOMESTAY DI TANAH PERTANIAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Apakah telah lengkap Garis Panduan Pemutihan Inap Dusun di bawah P3S yang sedang dalam fasa untuk disemak semula bagi dimuktamadkan sebagai panduan kepada semua PBT?
-
Apakah bentuk penguatkuasaan yang telah diambil ke atas pengusaha pusat pelancongan yang tidak mengekalkan 70% aktiviti pertanian dari keluasan tapak tanah pertanian seperti diletakkan sebuah kapal terbang atas tanah pertanian sawah dalam kawasan Sekinchan serta nyatakan bilakah dilaksanakan tindakan tersebut?
-
Senaraikan bentuk tindakan tersebut yang telah diambil dalam tempoh 5 tahun lepas.
242) KESELAMATAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan taman permainan di taman perumahan, mekanisme menerima maklum balas orang awam khususnya ibu bapa tentang keselamatan peralatan permainan serta langkah yang diambil ke atas pihak pemaju jika perlu
242) MODERN PIG FARMING DI TUMBUK
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan Projek Modern Pig Farming di Tumbuk sekarang?
-
Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri semasa ingin melaksanakan projek ini?
-
Sehingga kini, ada berapakah syarikat-syarikat yang sedia bekerjasama melaksanakan projek in?
242) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Penjelasan tentang pemantauan agensi berkaitan pencemaran sungai khususnya Sungai Semenyih.
-
Status kerjasama pihak LUAS dan JAS untuk memastikan sumber air bersih disalurkan kepada rakyat Selangor
-
Cadangan Kerajaan Negeri untuk memperketatkan undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang mencemarkan sungai
242) KEBOCORAN DAN KEROSAKAN PAIP
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah anggaran kehilangan hasil akibat kebocoran dan kerosakan paip air?
-
Apakah langkah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat setakat ini?
242) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam?
242) CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS PASAR MODEN 6 TINGKAT DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 1057, SEK U 19, PAYA JARAS TENGAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pembangunan di atas?
-
Apakah status terkini tentang pewartaan tanah tersebut dari Pejabat Daerah Tanah Petaling?
242) BANJIR KILAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Banjir kilat sering berlaku di kawasan - kawasan taman dibawah kendalian PBT. Seperti Taman Putra, Taman Maniam, Taman Desa , Taman Emas , Pulau Meranti Kampung Lalang dan Sungai Merab. Apakah langkah proaktif daripada pihak PBT?
242) PROJEK TEBATAN BANJIR BANGI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek tebatan banjir di Pekan Bangi?
242) PERUNTUKAN SISTEM MAKLUMAT JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS dari 2008 hingga 2014 mengikut tahun?
-
Berapakah peruntukan MARRIS yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri dari 2008 hingga 2014 mengikut tahun?
-
Senaraikan projek yang telah dilaksanakan dari 2008-2014 mengikut PBT?